
TropSc™ Pre-conference Webinar – Mangroves: Guardian of Our Coasts
November 14, 2024
Tahniah, Pemenang E-Games Kesihatan Planet!
November 14, 2024Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) secara rasminya telah diluncurkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof pada 29 Oktober 2024. Akademi Sains Malaysia amat berbangga selaku rakan strategik yang telah melakukan kajian ini selama 20 bulan yang ditugaskan oleh Kementerian Ekonomi bermula pada Mei 2020.
Dato’ Sri Haji Fadillah dalam ucapan peluncurannya menekankan bahawa AIR 2040 adalah salah satu agenda nasional bertujuan mentransformasi sektor air negara menjadi mampan dan pemangkin pembangunan ekonomi, menjamin bekalan air berkualiti dan memajukan bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE). Justeru, penglibatan awam dan swasta amat penting dalam menjayakan agenda ini.
Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc pada ucaptamanya menekankan isu-isu kritikal sektor air negara. Tegasnya, dalam era Pasca-Normal, penyelesaian bagi cabaran dalam sektor air perlu bersifat seimbang, adil dan berorientasikan kesejahteraan masyarakat.
ASM juga amat berbesar hati diberi peluang menerusi Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib yang menjadi moderator bagi forum bertajuk ‘Ke Arah Pemerkasaan Sektor Air untuk Menjamin Kesejahteraan Rakyat’. Sesi bersama enam panelis itu membincangkan isu seperti integrasi teknologi pintar dalam pemantauan sumber air, pencemaran air, serta pentingnya kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk mempercepatkan usaha-usaha yang digariskan dalam AIR 2040.
AIR 2040 adalah satu pelan tindakan jauh ke hadapan yang akan membawa kebaikan besar kepada negara. Nantikan jerayawara AIR 2040 yang dijangka menemui anda pada tahun 2025.
Tonton majlis peluncuran tersebut di sini.
Untuk bacaan lanjut mengenai AIR 2040, layari http://wst2040.my.