{"id":6219,"date":"2024-08-05T15:01:46","date_gmt":"2024-08-05T07:01:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/?p=6219"},"modified":"2024-12-30T15:02:56","modified_gmt":"2024-12-30T07:02:56","slug":"apa-khabar-malaysia-pelan-tindakan-kesihatan-planet-negara-ptkpn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/apa-khabar-malaysia-pelan-tindakan-kesihatan-planet-negara-ptkpn\/","title":{"rendered":"Apa Khabar Malaysia: Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN)"},"content":{"rendered":"<div class=\"wpb-content-wrapper\"><p>[vc_row][vc_column][vc_column_text]<span data-contrast=\"auto\">Academician Professor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc, Pengerusi Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) merupakan tetamu jemputan dalam rancangan Apa Khabar Malaysia yang disiarkan oleh Bernama TV pada 4 Julai 2024.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Dalam mukadimah beliau, Datuk Dr Asma telah menyatakan bahawa selama ini, Malaysia telah mengambil langkah dalam memastikan kelestarian dan kemampanan negara sentiasa terjaga. Beliau turut mengulas bahawa keberkesanan sesebuah dasar bergantung kepada pelaksanaan dasar tersebut. Kurangnya peguatkuasaan, pelaksanaan secara \u201c<\/span><i><span data-contrast=\"auto\">silo<\/span><\/i><span data-contrast=\"auto\">\u201d, serta kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang sesebuah dasar merupakan beberapa faktor yang menyumbang kepada pelaksanaan dasar yang kurang berkesan.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Selain itu, Datuk Dr Asma turut menyatakan bahawa ketiadaan insentif bagi pemegang taruh merupakan salah satu sebab bahawa sesebuah dasar tidak dilaksanakan dengan sempurna. Oleh yang demikian, iltizam kepimpinan amat penting dalam melaksanakan dasar yang telah dirangka. Sekiranya iltizam kepimpinan berada di tahap yang tinggi, sumber dan tenaga untuk menggerakkan dasar akan disediakan.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Seterusnya, Datuk Dr Asma telah mengulas tentang <\/span><a href=\"https:\/\/www.ekonomi.gov.my\/en\/sustainable-development-goals\"><span data-contrast=\"none\">pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> (Sustainable Development Goals) oleh Malaysia. Menurut beliau, Malaysia turut mengorak langkah untuk mencapai SDG, namun begitu, hanya 16% sasaran SDG yang telah tercapai. 84% lagi tidak tercapai, malah ada yang semakin merosot.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Antara faktor SDG tidak tercapai adalah mengutamakan keuntungan ekonomi dan memperlekeh kesihatan alam sekitar. Hal ini semakin jelas sewaktu era pandemik COVID-19, di mana negara-negara telah menumpukan tenaga dan sumber terhadap meningkatkan ekonomi masing-masing. Akibatnya, dasar-dasar yang tertumpu kepada pemeliharaan alam sekitar telah dibelakangi. Apabila dasar-dasar tersebut dibelakangi, pelbagai aktiviti yang membawa kemusnahan terhadap alam sekitar telah terjadi.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Datuk Dr Asma telah menekankan bahawa alam semula jadi perlu ada dalam keadaan yang seimbang; sebarang kerosakan yang berlaku akan menyebabkan ketidakseimbangan. Hal ini jelas dengan keadaan cuaca yang melampau yang melanda seluruh dunia, sebagai contoh, <\/span><a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/671477\/global\/1301-jemaah-meninggal-dunia-pada-musim-haji-tahun-ini---arab-saudi\"><span data-contrast=\"none\">Jemaah Haji yang terkorban di Makkah<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> akibat menunaikan ibadah haji dalam cuaca yang panas.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Selain itu, pencemaran udara kini berleluasa akibat <\/span><a href=\"https:\/\/ceh.unicef.org\/events-and-resources\/knowledge-library\/state-global-air-2024\"><span data-contrast=\"none\">pembakaran bahan api fosil<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\">. Tambahan pula, <\/span><a href=\"https:\/\/unstats.un.org\/sdgs\/report\/2024\/Goal-15\/\"><span data-contrast=\"none\">kehilangan biodiversiti<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> yang semakin meruncing akibat habitat haiwan yang sering dimusnahkan untuk aktiviti pertanian.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Datuk Dr Asma menyatakan bahawa kesihatan planet berkadar terus dengan kesihatan manusia. Menurut beliau, kita telah memasuki era <\/span><a href=\"https:\/\/www.nhm.ac.uk\/discover\/what-is-the-anthropocene.html\"><i><span data-contrast=\"none\">anthropocene<\/span><\/i><\/a><span data-contrast=\"auto\"> di mana kemusnahan alam berada pada tahap yang serius.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Malaysia sendiri telah mengalami kerugian ekonomi yang teruk disebabkan perubahan iklim. <\/span><a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/237696\/berita\/nasional\/negara-rugi-rm74-bilion-akibat-banjir\"><span data-contrast=\"none\">RM7.4 bilion kerugian<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> telah dicatatkan akibat banjir, selain kos kebajikan akibat kematian pramatang sebanyak RM947 bilion. Ini bersamaan dengan 3% daripada GDP negara tahun 2019-2020.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Datuk Dr Asma menjelaskan bahawa <\/span><a href=\"https:\/\/www.sciencedirect.com\/science\/article\/abs\/pii\/S0048969723049653\"><span data-contrast=\"none\">pencemaran udara<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> telah menyebabkan peningkatan penyakit respiratori dan kanser paru-paru. Sebagai contoh, \u201ckanser paru-paru\u201d atau penyakit sistem pernafasan yang lain ditulis sebagai punca kematian bagi pesakit yang telah meninggal dunia. Hakikatnya, pendedahan pencemaran udara merupakan punca sebenar bagi kematian pesakit tersebut.\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Menyedari kepentingan dalam menjaga kesihatan planet untuk kesihatan populasi negara, ASM melalui <\/span><a href=\"https:\/\/www.mosti.gov.my\/en\/\"><span data-contrast=\"none\">MOSTI<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> sedang merangka PTKPN dengan persetujuan daripada <\/span><a href=\"https:\/\/www.mosti.gov.my\/majlis-sains-negara\/\"><span data-contrast=\"none\">Majlis Sains Negara<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> agar kerosakan alam dapat ditangani dan Malaysia dapat memulihkan kesihatan planet.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Datuk Dr Asma menjelaskan bahawa beberapa negara seperti Sweden, Costa Rica, Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada telah mengiktiraf kesihatan planet dan telah diserap dalam dasar negara masing-masing. Oleh sebab kesihatan planet merupakan suatu topik yang kompleks, beliau turut mengambil maklum bahawa menjaga kesihatan planet merupakan sebuah usaha yang tidak mudah untuk dijalankan.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Salah satu soalan yang telah dijawab oleh Datuk Dr Asma ialah bagaimana untuk menjalankan kegiatan ekonomi tanpa menyebabkan kerosakan alam sekitar dan menyebabkan pencemaran seperti pencemaran udara. Datuk Dr Asma telah menyatakan bahawa masalah pencemaran alam sekitar\u00a0 ialah sebuah masalah yang kompleks dan juga melibatkan penyelesaian yang kompleks. Oleh itu, tiga faktor utama yang perlu dikaitkan ialah: keperluan rakyat, kemakmuran negara dan iltizam kepimpinan. Ketiga-tiga faktor tersebut berkait rapat dalam memastikan negara kekal makmur di samping mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Selain itu, Datuk Dr Asma menerangkan bagaimanakah peranan ilmu tradisional dan budaya dapat diwujudkan dalam mencapai kesihatan planet? Pertama sekali, Datuk Dr Asma menegaskan bahawa PTKPN menggunakan pendekatan \u201c<\/span><i><span data-contrast=\"auto\">whole Malaysia, whole government, whole society<\/span><\/i><span data-contrast=\"auto\">\u201d, yakni seluruh Malaysia sama-sama memikul tanggungjawab untuk mencapai objektif kesihatan planet.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Menurut beliau, setelah pandemik COVID-19, ramai telah menyedari bahawa sains semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab semua persoalan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Pengetahuan yang inklusif perlu ada untuk menyelesaikan masalah pada zaman ini. Oleh yang demikian, aspek kerohanian dan pengetahuan pribumi perlu digabungkan dengan sains untuk mencapai penyelesaian yang mampan.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Datuk Dr Asma telah mengambil sistem tagal di Sabah sebagai contoh penerapan pengetahuan pribumi dengan sains. Sistem tagal merupakan sistem yang dibentuk oleh kaum Kadazandusun di Sabah. Sistem tersebut membahagikan sebatang sungai kepada tiga zon: zon merah, zon kuning dan zon hijau. Penangkapan ikan hanya dibenarkan pada waktu-waktu tertentu sahaja di zon kuning manakala aktiviti penangkapan ikan dibenarkan di zon hijau. Tiada sebarang aktiviti penangkapan ikan dibenarkan di zon merah atas sebab pemeliharaan populasi ikan. Namun begitu, aktiviti riadah seperti eko-pelancongan boleh dijalankan yang boleh menjana pendapatan bagi penduduk setempat.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span>[\/vc_column_text][vc_video link=&#8221;https:\/\/www.youtube.com\/embed\/ATsUK0BvIJQ?start=2&amp;feature=oembed&#8221;][vc_column_text]<span data-contrast=\"auto\">Seterusnya, Datuk Dr Asma menjelaskan bagaimana kesihatan planet berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat Malaysia, serta peranan PTKPN dalam membentuk masa depan negara. Datuk Dr Asma menjelaskan bahawa sebuah dasar dan peraturan yang mampan akan dirangka dalam penyediaan pelan tindakan ini. Oleh yang demikian, kajian yang terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya tahap pelaksanaan dasar sebelum ini turut dikenalpasti. Setelah itu, pemboleh daya yang mampu memacu pelaksanaan dengan lebih baik perlu dikenalpasti.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Ahli Jawatankuasa PTKPN telah menjalankan soal selidik yang melibatkan lebih daripada 3,000 responden dalam kalangan rakyat dan syarikat seluruh Malaysia untuk meneliti apa yang boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat di samping memacu pelaksanaan dasar dengan lebih baik. Setelah itu, soal selidik telah mendapati bahawa syarikat yang berbeza mempunyai pemboleh daya yang berbeza. Oleh itu, dasar yang dirangka tidak boleh bersifat \u201c<\/span><i><span data-contrast=\"auto\">one-size fits all<\/span><\/i><span data-contrast=\"auto\">\u201d. Untuk memastikan kesejahteraan rakyat, pendidikan pada setiap tahap perlu dititikberatkan. Melalui pendidikan, pemikiran (<\/span><i><span data-contrast=\"auto\">mindset<\/span><\/i><span data-contrast=\"auto\">) menjaga kesihatan planet boleh diterapkan.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Selain itu, Datuk Dr Asma turut menjawab persoalan tentang peranan individu dan komuniti industri yang boleh menyumbang kepada anjakan budaya dan perubahan tingkah laku terhadap pemuliharaan planet untuk generasi depan. Bagi masyarakat umum, beliau telah memetik contoh yang paling mudah dalam rutin seharian: jangan membiarkan air paip mengalir semasa memberus gigi atau bercukur di waktu pagi untuk <\/span><a href=\"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/asm-factsheet-use-water-wisely\/\"><span data-contrast=\"none\">mengurangkan pembaziran air<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\">. <\/span><a href=\"https:\/\/wst2040.my\/\"><span data-contrast=\"none\">Sumber air<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> merupakan sumber yang penting dan berharga.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Selain itu, <\/span><a href=\"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/asm-factsheet-gaya-hidup-mesra-alam\/\"><span data-contrast=\"none\">penggunaan plastik guna sekali<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> (single-use plastic) juga boleh dikurangkan semasa membeli belah. Beliau menyarankan agar masyarakat untuk menggunakan beg guna semula. Amalan ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran plastik, malah mengurangkan pendedahan kita terhadap <\/span><a href=\"https:\/\/www.umt.edu.my\/highlight-2021-bm\/bahaya-mikroplastik-5-gram-dimakan-oleh-manusia-dalam-seminggu\/?lang=ms\"><span data-contrast=\"none\">mikroplastik<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Berkaitan isu mikroplastik, Datuk Dr Asma turut menjelaskan bahawa bahan tersebut merupakan salah satu ancaman kesihatan yang utama di zaman ini. Akibat pembuangan plastik ke lautan, mikroplastik kini hadir dalam hidupan laut, seterusnya membawa <\/span><a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/tintaminda\/news.php?id=2170352\"><span data-contrast=\"none\">mikroplastik ke dalam rantaian makanan<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\">. Selain itu, peningkatan sisa plastik turut berlaku semasa COVID-19 dalam bentuk pelitup muka dan <\/span><a href=\"https:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pmc\/articles\/PMC9675081\/\"><span data-contrast=\"none\">kelengkapan perlindungan diri<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> (PPE). Tambahan pula, Datuk Dr Asma turut mengetengahkan bahawa mikroplastik kini telah ditemui dalam <\/span><a href=\"https:\/\/www.nejm.org\/doi\/full\/10.1056\/NEJMoa2309822\"><span data-contrast=\"none\">saluran darah<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> dan <\/span><a href=\"https:\/\/hsc.unm.edu\/news\/2024\/04\/microplastics-in-organs.html#:~:text=Microplastics%20had%20migrated%20out%20of,the%20exposure%2C%E2%80%9D%20Castillo%20says.\"><span data-contrast=\"none\">organ-organ badan<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\">. Mikroplastik tersebut telah diserap oleh tubuh badan melalui menghidu, memakan dan menyentuh produk plastik.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Kesimpulannya, Datuk Dr Asma menegaskan pentingnya iltizam kepimpinan dalam pelaksanaan dasar yang mampan. Beliau juga menyentuh tentang impak negatif pencemaran alam sekitar, pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), serta perlunya pendekatan inklusif yang menggabungkan sains, kerohanian, dan pengetahuan pribumi.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Saksikan temu bual <\/span><a href=\"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/experts\/profile\/mhs0016\/\"><span data-contrast=\"none\">Academician Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\">, Pengerusi <\/span><a href=\"https:\/\/www.mosti.gov.my\/berita\/national-dialogue-on-planetary-health-interconnectivity-of-humans-planet-and-prosperity\/\"><span data-contrast=\"none\">Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN)<\/span><\/a><span data-contrast=\"auto\"> di rancangan Apa Khabar Malaysia.<\/span><span data-ccp-props=\"{}\">\u00a0<\/span>[\/vc_column_text][vc_video link=&#8221;https:\/\/www.youtube.com\/embed\/rka_rRi8YyQ?feature=oembed&#8221;][\/vc_column][\/vc_row]<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Akademician Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail FASc, Pengerusi Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN), telah diundang sebagai tetamu dalam rancangan Apa Khabar Malaysia yang disiarkan oleh Bernama TV pada 4 Julai 2024.<\/p>\n","protected":false},"author":862,"featured_media":6497,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"enabled":false},"version":2}},"categories":[1214],"tags":[],"class_list":["post-6219","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-august-2024"],"aioseo_notices":[],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-content\/uploads\/sites\/10\/2024\/12\/Screenshot-2024-12-30-145643.png","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/pajCBQ-1Cj","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6219","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/users\/862"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6219"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6219\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6501,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6219\/revisions\/6501"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6219"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6219"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.akademisains.gov.my\/asm-focus\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6219"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}