Associate

Associates merupakan pakar yang dilantik oleh Majlis ASM. Mereka terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran dengan minat yang mendalam untuk menyumbang kepada isu-isu yang berkaitan dengan sains, teknologi, inovasi, dan ekonomi (STIE) melalui jawatankuasa kerja dan badan bertindak ASM. Associates dilantik untuk tempoh 2 tahun dan boleh dilantik semula berdasarkan rekod sumbangan mereka kepada ASM. Hanya Associates yang aktif akan dilantik semula. 

 Kriteria Pemilihan 

  • Calon bersedia untuk menyumbang kepada ASM dan kepada negara melalui ASM;
  • Calon mempunyai rekod cemerlang dalam bidang kepakarannya;
  • Calon diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan atau badan profesional;
  • Calon mempunyai rangkaian yang luas dan telah berkerjasama dengan organisasi tempatan, serantau dan antarabangsa, pusat kecemerlangan, institusi penyelidikan, atau industri.

 Penyerahan Permohonan 

  • Surat sokongan oleh Felo ASM, penerima TRSM atau ahli YSN-ASM, jika ada.
  • Permohonan dikemukakan melalui http://associates.akademisains.gov.my/
  • Dibuka kepada warganegara dan bukan warganegara.
  • Calon daripada bidang sains atau bukan sains boleh memohon.

 Keistimewaan dan Kelayakan 

  1. Sebagai sebahagian daripada ahli Rangkaian Pakar ASM, Associates akan menerima jemputan ke program, acara, dan majlis makan malam tahunan ASM.
  2. Menerima maklumat terkini tentang aktiviti ASM melalui buletin, pengumuman, dan lain-lain.
  3. Layak untuk mengakses penerbitan dan kemudahan di ASM, seperti perpustakaan, bilik mesyuarat, dan lain-lain.
  4. Layak untuk menerbitkan buku dalam penerbitan ASM atas persetujuan Jawatankuasa Penerbitan ASM dan Majlis ASM.
  5. Peluang untuk membina rangkaian dan hubungan dengan Felo ASM, akademi sains di seluruh dunia, dan institusi/organisasi bersekutu ASM.
  6. Tidak layak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan mengundi.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emel Unit Hal Ehwal Keahlian (membership@akademisains.gov.my)