Felo ASM terdiri daripada saintis, jurutera, juruteknologi, dan saintis sosial terkemuka yang telah memberikan sumbangan luar biasa dalam bidang masing-masing. Mereka merupakan pemimpin dan pakar dalam bidangnya, serta telah membuktikan penglibatan dan sumbangan mereka dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi, sains sosial dan kemanusiaan. Mereka harus menunjukkan kesediaan dan komitmen untuk memberikan sumbangan secara efektif.
Penganugerahan Felo adalah berdasarkan kepada proses pemilihan yang teliti dalam lapan disiplin. Felo Akademi Sains Malaysia merupakan pengiktirafan tertinggi kepada minda saintifik terbaik daripada Kerajaan Malaysia.