Logo ASM terdiri daripada tiga komponen utama: tiga garis hijau yang bergabung menjadi satu garis pejal, bentuk garis orbit dan tiga titik merah. Penggabungan tiga garisan halus menggambarkan gabungan komponen penting yakni sains, kejuruteraan dan teknologi ke arah persekitaran yang dipacu inovasi yang mampan.
Atom adalah simbol sains sejagat. Oleh itu, bentuk garis orbit logo ASM menggambarkan orbit nukleus atom. ASM menerima pakai bentuk ini untuk menunjukkan peranan sains dalam memperkasakan pembinaan keupayaan dan pembangunan teknologi.
Tiga titik merah melambangkan unsur inovasi, proses dan produk teknologi.
Logo ASM berfungsi sebagai identiti visual yang melambangkan jenama dan nilai organisasi tersebut. Ia harus digunakan secara konsisten merentas semua saluran komunikasi termasuk media cetak, media digital dan produk untuk mengekalkan penjenamaan yang dikenali dan kohesif. Pematuhan garis panduan ini amat penting untuk mengekalkan integriti dan profesionalisme imej jenama organisasi.