Malaysia berhasrat untuk mempertingkat penguasaan STI dan penyelarasan dasar melalui Kajian Perdana ASM. Kajian-kajian yang dijalani telah menggunakan teknik analisis berpacukan data dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan demi memacu pertumbuhan sosio-ekonomi dan inovasi.
MALAYSIA 2050
Agenda Malaysia 2050 oleh ASM menggambarkan Malaysia pada tahun 2050 sebagai sebuah negara dengan kualiti hidup yang tinggi yang terdiri daripada Komuniti Pintar dicirikan oleh keharmonian, kemakmuran dan kemampanan. Visi ini dicipta oleh ASM pada tahun 2014 apabila ASM memulakan latihan daya jangka untuk membangunkan rangka kerja bagi perjalanan antara status quo Malaysia dan destinasi masa depannya.
TEKNOLOGI MEMUNCUL
ASM berusaha mengenal pasti teknologi baharu dan penemuan terbaharu melalui peninjauan horizon. ASM turut mahir dalam mengenal pasti sains dan teknologi memuncul yang dianggap paling relevan dan sesuai untuk ekosistem S&T nasional.
SAINS KEMAMPANAN
Maklumat dan pengetahuan yang membina pemahaman terhadap Planet (S&T), Keuntungan (ekonomik) dan Manusia (sosial) membentuk sains kemampanan. ASM berusaha untuk memasukkan sains kemampanan yang berwawasan ke dalam penggubalan dasar dengan memberi tumpuan kepada cabaran tempatan, sambil mengambil kira perspektif serantau dan global.
SOSIO-EKONOMIK
Peninjauan horizon merupakan satu teknik untuk mengesan tanda-tanda awal perkembangan yang penting melalui pemeriksaan sistematik terhadap potensi ancaman dan peluang, dengan penekanan kepada teknologi baharu dan kesannya terhadap isu yang dihadapi. Pada tahun 2012, ASM memulakan latihan ini untuk memaklumkan kepada pemegang taruh mengenai berita dan perkembangan terkini dalam STI dari seluruh dunia. Inisiatif ini adalah penting dalam membantu pemegang taruh membangunkan gambaran besar di sebalik isu politik, alam sekitar, ekonomi dan sosial.