
The Tropical Science Foundation is Hiring!
July 4, 2024
ASM Council Members Honoured for Their Enduring Contributions
July 18, 2024Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan ASM, Felo Baharu ASM 2024 akan diumumkan. Pertama sekali, mari dekati Felo Baharu ASM 2023 daripada disiplin Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar.
Memperkenalkan Felo Baharu ASM 2023 daripada Disiplin Sains Sosial dan Kemanusiaan. Mereka merupakan tokoh daripada bidang linguistik gunaan, etika alam sekitar, peguamcara, sejarawan, psikologi islam, pengamal undang-undang, kaunselor, pakar sumber semula jadi, dan pakar logistik.
Seterusnya, barisan Felo Baharu ASM 2023 daripada Disiplin Pembangunan Sains & Teknologi dan Industri. Mereka merupakan tokoh usahawan, pakar kimia tanah, pakar teknologi getah, angkasawan negara dan pakar nadir bumi.
Berikut merupakan Felo Baharu ASM 2023 daripada Disiplin Sains Perubatan & Kesihatan. Mereka merupakan pakar-pakar daripada bidang pengkajian lipid dan atheroschlorosis, uro-onkologi, kajian genetik perubatan dan biologi molekular dan kejuruteraan bio-pergigian & bahan.
Meneruskan siri pengenalan Felo Baharu ASM 2023, kenali lebih lanjut individu daripada Disiplin Sains Kejuruteraan. Mereka terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang perancangan bandar dan sistem informasi geografi, teknologi angin turbin, kejuruteraan geoteknikal, penderiaan jauh, hakisan dan mendapan, kejuruteraan pesisir pantai dan penilaian kadar hayat.
Berikutnya, Felo Baharu ASM 2023 daripada Disiplin Sains Kimia. Keempat-empat orang figura ini merupakan pakar dalam bidang sintesis oleokimia dan rawatan sisa, kimia perubatan, kimia analatikal dan bioanalitikal dan juga kimia fizikal.