
ASM Science Journal: Migration Notice
December 26, 2024
Project STEM 60:40: Way Forward – Insights and Collaboration
December 30, 2024Bagi meraikan kecemerlangan dan komitmen yang dipamerkan oleh warga kerja ASM sepanjang tahun 2023, ASM hari ini telah telah mengadakan Majlis Apresiasi 2023 bersekali dengan Perhimpunan Akhir Tahun 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa dalam era post-normal, adalah penting bagi warga ASM meningkatkan daya pemikiran kritikal, keterbukaan kepada perubahan dan semangat berpasukan untuk mencapai objektif ASM. Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc, dalam ucaptama beliau pula menyeru bakat-bakat ASM untuk mempunyai tujuh disiplin iaitu pattern recognition, system analysis, mental agility, structure problem solving, visioning, political savvy dan mental model dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Beliau dalam masa sama turut melancarkan Logo Sambutan Ulang Tahun ASM ke-30.
Seramai lima warga kerja telah menerima Anugerah Khidmat Bakti sebagai pengiktirafan terhadap tempoh perkhidmatan mereka di ASM. Selain itu, enam pegawai menerima Anugerah Pegawai Berprestasi Tinggi. Acara kemuncak menyaksikan dua individu menerima Anugerah Pekerja Cemerlang, yang terdiri daripada warga kerja Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Majlis ini juga turut meraikan warga ASM yang bakal bersara, En Rusli Othman, atas sumbangan dan jasa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Diharapkan program seperti ini akan terus meniup inspirasi kepada seluruh warga ASM untuk terus cemerlang pada tahun-tahun berikutnya. Tahniah dan syabas semua!