Courtesy Visit by King Prajadhipok’s Institute Thailand
March 14, 2024ASM Factsheet: Impak Aktiviti Individu Terhadap Alam Sekitar
March 14, 2024Perhimpunan Tahunan 2024 bersama Ketua Pegawai Eksekutif ASM telah berlangsung pada 22 Februari 2024 dengan tujuan melihat semula pencapaian organisasi ini sepanjang tahun 2023. Puan Hazami Habib menzahirkan penghargaan kepada warga kerja dan berbangga dengan kewibawaan ASM selaku Badan Pemikir Negara sepanjang 2023 di mana beberapa inisiatif serta kolaborasi antarabangsa berjaya dilaksanakan.
Bagi tahun 2024, visi, misi, matlamat dan strategi ASM perlu dihayati oleh warga kerja ASM dalam objektif menjadi “STIE Powerhouse”. Justeru, warga kerja ASM perlu membina hubungan yang baik bersama jaringan pakar supaya produktiviti ASM dapat dimaksimumkan dan mampu memberikan momentum terbaik selaku agensi terunggul berkaitan STIE. Ketua-ketua bahagian bagi tiga struktur utama ASM iaitu Bahagian Kajian, Analitik dan Kerjasama Strategik STI, Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi turut berkongsi perancangan bagi tahun ini.
Meneruskan agenda pertemuan bersama warga kerja ASM, Presiden Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc membuat perkongsian khas bertajuk “Kesedaran Kendiri dan Situasi Untuk Pertumbuhan Individu dan Organisasi”. Menurut beliau, bertugas di sebuah organisasi yang dinamik seperti ASM, warga kerja perlu keluar daripada zon selesa dan mencabar diri untuk melakukan perubahan dan menimba pengalaman melalui pendedahan terhadap cabaran baharu.
Perkongsian Presiden dan KPE ASM mencerminkan aspirasi organisasi ini selaku Changemaker. Warga kerja ASM akan menggembleng usaha bagi merealisasikan matlamat berkenaan.