Konsep

Laporan Tahunan 2020 memaparkan logo Ulang Tahun ke-25 di muka hadapan dengan latar belakang berwarna perak menandakan sambutan Jubli Perak ASM. Warna perak ini juga memberi konsep teknologi moden yang dimanfaatkan sepanjang tahun. Kami bekerja, belajar dan berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan peranti dan alat sepenuhnya.

Angka 25 dengan kemasan die-cut membolehkan pembaca untuk melihat halaman seterusnya yang memaparkan Felo ASM semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang dijalankan secara dalam talian. Mesyuarat kali ini mencatat sejarah susulan jumlah penyertaan tertinggi dalam 25 tahun penubuhan ASM. Slogan Menerajui Kolaborasi dalam Sains (Leading Collaboration in Science) memberi gambaran tepat mengenai tahun 2020 yang kami jalani di mana masing masing saling bekerjasama dalam menjalankan tugas. Kami bekerja bersama masyarakat, organisasi dan rakan strategik dari seluruh dunia untuk mencapai matlamat, visi dan misi kami.

 

© Akademi Sains Malaysia
Tulisan dan rekaan grafik oleh Akademi Sains Malaysia

SIAPA KAMI

ASM berusaha menjadi Peneraju Pemikir yang diiktiraf bagi isu berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

ASM komited dalam memupuk kecemerlangan dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi (SET) untuk kebaikan masyarakat sejagat.

AKTIVITI KAMI

ASM menyokong sains yang bermanfaat dengan menggalakkan aktiviti yang mempromosikan penglibatan, pemahaman dan literasi dalam STI.

Sains di luar jangkauannya merupakan suatu pengalaman yang memacu kita ke arah yang lebih menarik, dipenuhi dengan penglibatan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Pada akhirnya, komitmen ASM adalah untuk meningkatkan keupayaan saintifik negara ini.

Baca lagi

Para Pembaca,

TABAH MENGHADAPI KETIDAKPASTIAN

Professor Datuk Dr Asma Ismail FASc

Sambutan ulangtahun ke-25 ASM merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan, terutama sekali ketika berlatarbelakangkan pandemik yang melanda. Bulan Februari merupakan bulan terakhir di mana kita dapat menjalani kehidupan yang “normal”.

Sebagai salah sebuah akademi sains yang terbaharu di dunia, ASM mempunyai keupayaan dan kesediaan untuk mempraktikkan ruang digital dalam meneruskan pelbagai aktiviti berunsurkan sains di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa meskipun dunia dilanda pandemik COVID-19.

Felo ASM telah menggunakan kepakaran masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik tersebut. Mereka telah berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing untuk memastikan keputusan berdasarkan fakta disampaikan dengan baik, seiring dengan usaha akademi sains dari negara lain dalam menyediakan penyelesaian kepada isu pandemik ini. Selain itu, ASM telah membentuk Special Interest Group (SIG) COVID-19 yang terdiri daripada Felo ASM dan ahli YSN-ASM. SIG tersebut telah menyediakan sebanyak sepuluh lembaran fakta mengenai virus tersebut.

Dengan kerjasama pelbagai pihak, ASM telah mengharungi tahun 2020 dengan pelbagai kejayaan. Namun begitu, Felo ASM perlu sentiasa memastikan bahawa maklumat yang disampaikan adalah berasaskan fakta, serta berusaha untuk memerangi penyebaran maklumat palsu.

Pada tahun ini, hampir 50 peratus daripada Felo ASM telah menghadiri Mesyuarat Agung yang julung kalinya diadakan secara maya. Ini merupakan kehadiran yang tertinggi dicatat sejak penubuhan ASM. Kehadiran yang memberangsangkan ini telah membangkitkan suasana yang mesra dan bersemangat dalam kalangan Felo ASM. Sehubungan dengan itu, ASM telah mula melaksanakan pelbagai program secara maya, yang merupakan suatu keputusan yang bijak. Sebanyak 25 webinar telah dijalankan sepanjang tahun 2020 dan program-program tersebut telah mencatatkan sebanyak 271,000 tontonan.

Salah sebuah program utama ASM iaitu National Science Challenge (NSC) turut dijalankan secara maya pada tahun ini. Virtual NSC (VNSC) yang bertemakan Ke Arah Komuniti Berdaya Tahan Terhadap Pandemik Melalui Sains telah disertai oleh 1,027 pasukan. Tema VNSC telah dipilih untuk membolehkan para belia memahami impak pandemik serta menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dihadapi dalam memerangi virus tersebut.

Ahli YSN-ASM telah memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan VSNC. Mereka juga turut memacu perubahan dalam pelaksanaan program lain pada tahun 2020. YSN-ASM Science Cafe merupakan salah satu program yang dijalankan semasa Minggu Sains Negara 2020. Sebanyak 11 sesi Science Cafe telah dijalankan sepanjang tahun 2020, yang telah dijalankan sama ada secara fizikal (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)) atau secara maya (semasa PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)). Sembilan sesi Science Cafe yang diadakan secara maya telah mencapai sebanyak 25,000 tontonan, sebuah pencapaian yang memberangsangkan.

ASM ArtScience™ merupakan salah sebuah inisiatif ASM dalam melangsungkan penumpuan ilmu pengetahuan demi masa depan. ArtScience™ telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2019 yang menampilkan pemurnian bidang sains dan bidang seni. Sebanyak 60 penyertaan telah diterima untuk inisiatif tersebut, dan penyertaan tersebut akan dipaparkan secara maya pada bulan Jun 2021.

Rangka kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation, and Economic (MySTIE) merupakan salah satu projek kebanggaan ASM yang telah diterimapakai di peringkat kebangsaan. Rangka kerja tersebut telah memperkukuh kedudukan ASM di tahap tertinggi di peringkat kebangsaan dan telah mengiktiraf impak STI terhadap ekonomi negara. MySTIE turut menghasilkan bidang-bidang STIE baharu yang menghubungkan sektor-sektor sains, teknologi, inovasi dan ekonomi.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Felo ASM yang telah meyumbangkan tenaga, masa dan kewangan mereka dalam usaha memajukan sains dalam kalangan masyarakat, serta mengarusperdanakan dan meluaskan impak aktiviti ASM.

Saya berharap agar kita dapat menyaksikan kejayaan yang berterusan dalam dekad yang akan datang.

AHLI MAJLIS

  1. PROFESOR DATUK DR ASMA ISMAIL FASc
    Presiden (2019-2022)
    Sains Perubatan dan Kesihatan
  2. PROFESOR DATO’ IR DR A. BAKAR JAAFAR FASc
    Timbalan Presiden (2020-2022)
    Sains Kejuruteraan
  3. PROFESOR DATO’ DR AWG BULGIBA AWG MAHMUD FASc
    Setiausaha Agong (2019-2021)
    Sains Perubatan dan Kesihatan
  4. DATUK DR ABDUL RAZAK MOHD ALI FASc
    Bendahari (2019-2021)
    Pembangunan Sains & Teknologi dan Industri

AHLI BIASA (2020-2021)

  1. PROFESOR DATO’ DR AHMAD IBRAHIM FASc
    Pembangunan Sains & Teknologi dan Industri (2020-2022)
  2. PROFESOR DR AHMAD ISMAIL FASc
    Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar (2020-2022)
  3. ACADEMICIAN TAN SRI DATO’ IR TS AHMAD ZAIDEE LAIDIN FASc
    Sains Kejuruteraan (2019-2021)
  4. PROFESOR DATIN PADUKA SETIA DATO’ DR AINI IDERIS FASc
    Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar (2019-2021)
  5. ACADEMICIAN PROFESOR DATO’ DR KHAIRUL ANUAR ABDULLAH FASc
    Sains Perubatan dan Kesihatan (2020-2022)
  6. IR TS CHOO KOK BENG FASc
    Pembangunan Sains & Teknologi dan Industri (2019-2021)
  7. DR HELEN NAIR FASc
    Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar (2019-2021)
  8. ACADEMICIAN EMERITUS PROFESOR DATO’ DR KHALID YUSOFF FASc
    Sains Perubatan dan Kesihatan (2020-2022)
  9. PROFESOR DATIN PADUKA DR KHATIJAH MOHD YUSOFF FASc
    Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar (2019-2021)
  10. EMERITUS PROFESOR DR PHANG SIEW MOI FASc
    Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar (2019-2021)
  11. PROFESOR DR SHAMALA DEVI K.C. SEKARAN FASc
    Sains Perubatan dan Kesihatan (2019-2021)
  12. PROFESOR DR YVONNE LIM AI LIAN FASc
    Sains Perubatan dan Kesihatan (2020-2022)

Input Strategik untuk Ekosistem STI yang Kukuh

Ketahui lebih lanjut

10-10-pic

Menuju Kemakmuran, Kesejahteraan Masyarakat & Daya Saing di Peringkat Global

10-10 MySTIE Framework

Peranan STI adalah penting untuk pembangunan ekonomi dan perkembangan sosial. Justeru, ASM telah merangka satu rangka kerja yang dikenali sebagai 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economic (MySTIE) Framework dengan mengintegrasi 10 pemacu utama sosioekonomi dengan 10 pemacu sains dan teknologi (S&T) yang sejajar dengan keperluan dan kekuatan Malaysia.

Baca lagi
PM-pic
Kertas Posisi

Inisiatif Perubatan Kepersisan di Malaysia

Kertas posisi ini telah dibentangkan kepada Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), pada November 2020 untuk mendapatkan pandangan dan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM). KKM menyedari keperluan pelan nasional untuk menambah baik pengurusan rawatan pesakit dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing. Hasil mesyuarat ini membolehkan penemuan ASM dibentangkan bersama pembentangan KKM kepada High-Tech Nation Council (HTNC) yang dipengerusikan oleh Menteri MOSTI, YB Khairy Jamaluddin pada Disember 2020.

Read more

Science Outlook

Science Outlook 2020 (SO2020) follows the Science Outlook 2015 and Outlook 2017 editions. SO2020 explores the progress and development of Malaysia’s Science, Technology and Innovation (STI) ecosystem since 1991, the year which coincided with the declaration of Vision 2020. SO2020 investigates the STI ecosystem and its impact over the last 30 years on the dimensions of economy, society and the environment. 

The past two reports have garnered much attention, and over 50% of its recommendations have been taken up by relevant stakeholders. The online version of both reports have recorded about 100,000 impressions, with SO2020 also anticipated to gain similar traction across stakeholders from the Government, industry, the scientific community and civil society groups.

Read more

Special Interest Group (SIG)

Special Interest Groups (SIGs) are expert-driven and proactive in bridging the gap between the generators and users of knowledge to forge collaborative and transformative action so Malaysia can be ahead of the curve.

Review / Feedback on Policies / Plans / Cabinet Papers

Focus Point for STI solutions and interventions to the Government

ASM, in its role as a Thought Leader in STI for the nation, fulfilled its commitments through various platforms to provide evidence-based strategic interventions and recommendations to the government.

Read more

Culture of Excellence in Sciences

Fostering Open Innovation

Communicating Science