Call for Abstracts: TropSc™ 2024
March 14, 2024Courtesy Visit by King Prajadhipok’s Institute Thailand
March 14, 2024Pada 23 Februari 2024, ASM telah menerima kunjungan YB Dr Haim Hilman Abdullah, Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi Kedah bersama delegasi Kerajaan Negeri Kedah. Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama kepakaran ASM dan penyelesaian berdasarkan STIE yang dapat menangani isu dan memenuhi keperluan pembangunan sosio-ekonomi Kedah.
Presiden dan KPE memaklumkan beberapa kajian, program dan inisiatif utama ASM seperti Rangka Kerja 10-10 MySTIE yang dapat diaplikasikan dan dimanfaatkan bagi menangani isu-isu yang sedang dihadapi serta membantu Kedah untuk mencapai aspirasinya. Antara penyelesaian yang dibincangkan ialah formulasi baja bagi peningkatan hasil tuaian yang dijangka dapat mengatasi masalah pendapatan yang rendah di kalangan pesawah serta usaha bagi memperkasa industri berteknologi tinggi di Kedah.
YB Dr Haim Hilman menyambut baik cadangan penyelesaian dan kepakaran yang ditawarkan oleh ASM serta memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha untuk menjadikan Kedah lebih berdaya saing terutama dipacu oleh STIE.