
YSN-ASM 2024 Colloquium: Innovate to Impact
December 30, 2024
Congratulations to the Winners of 2024 YSN-ASM Chrysalis Award!
December 30, 2024Bersempena dengan sambutan Hari Integriti Nasional dengan tema ‘Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi’, ASM telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti Nasional. Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh Pegawai Integriti ASM, Muhammad Fakhrul Syakirin Noor Azam. Bacaan ikrar tersebut antara intipatinya menyeru warga ASM untuk menjauhi dan membebaskan diri dalam sebarang perbuatan yang menjurus terhadap rasuah.
Majlis diteruskan dengan perkongsian khas bertajuk ‘Tadbir Urus: Kunci Kepada Integriti’ yang disampaikan oleh Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam Institut Integriti Malaysia, Puan Munah Abdul Aziz. Menurut beliau, tadbir urus yang berkesan dan menyeluruh dalam sebuah organisasi adalah amat penting untuk memastikan setiap lapisan pengurusan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mengelakkan kepincangan serta penyelewengan dalam sesuatu proses.
Majlis ini memberi kesedaran bahawa pentingnya integriti serta tadbir urus yang baik dalam organisasi. Semoga usaha ini dapat memperkukuh budaya integriti di kalangan warga ASM dan seterusnya menjadi teladan yang baik kepada masyarakat.