Tan Sri Dato’ Seri Jeffrey Cheah FASc Conferred Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (KBE)
December 7, 2023ASM Podcast: Sarawak’s Pepper and Indigenous Food Production
December 7, 2023ASM dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu menganjurkan Jerayawara ASM Wilayah Pantai Timur pada 6 November 2023 bertempat di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah.
Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc dalam ucapannya mengalu-alukan universiti dan institusi penyelidikan di Wilayah Pantai Timur untuk menyertai inisiatif Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) yang mempromosikan ketelusan serta kebolehcapaian pengetahuan saintifik kepada semua individu untuk meningkatkan keupayaan inovasi negara.
Agenda diteruskan dengan perkongsian oleh ASM disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib mengenai fungsi dan pencapaian ASM yang hampir 30 tahun beroperasi selaku badan pemikir bagi STIE negara.
Seterusnya, Ketua Pegawai Operasi ASM, Puan Seetha Ramasamy membentangkan tentang keahlian ASM yang berprestij. Agenda turut menampilkan pembentangan oleh panelis dengan topik yang menyentuh mengenai isu kesihatan sejagat, sains integriti dan sains terbuka.
Orang ramai yang hadir turut berpeluang mengenali ASM dengan lebih dekat melalui pameran yang disediakan antaranya membabitkan Rangka Kerja 10-10 MySTIE, Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP), YSN-ASM, program-program Komunikasi Sains dan peluang kerjaya.
ASM mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik dan pengunjung yang telah menjayakan program kali ini. Ikuti media sosial ASM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jerayawara ASM yang seterusnya.