ASM Hosts Vietnam Ministry of Finance to Share Insights on Malaysia’s Infrastructure Funding Strategies
January 16, 2024ASM Factsheet: Tagal System
January 16, 2024Buat julung kalinya, ASM telah menganjurkan Majlis Apresiasi bagi menghargai kakitangan cemerlang sepanjang tahun 2022.
Majlis tersebut telah meraikan 22 warga kerja bagi Anugerah Khidmat Bakti (Pegawai yang berkhidmat sepanjang 10, 15 & 20 tahun), 9 individu bagi Anugerah Pegawai Berprestasi Tinggi dan kemuncaknya dengan pemberian Anugerah Pekerja Cemerlang kepada masing-masing seorang individu di Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Tahniah kepada semua penerima!
KPE ASM, Puan Hazami Habib dalam ucapannya menjelaskan bahawa pengiktirafan yang diberi pada hari ini adalah satu penegasan bahawa ASM mementingkan kecemerlangan dan prestasi yang unggul. Justeru, setiap pekerja perlu memberikan yang terbaik untuk melunaskan amanah tanpa mengira pangkat.
Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc pula menekankan bahawa ASM memerlukan kakitangan yang mempunyai “growth mindset” supaya organisasi ini boleh berkembang mengikut kehendak semasa. Kata beliau, kakitangan ASM perlu menerapkan prinsip dan cara kerja yang betul agar organisasi ini kekal relevan.
Bersempena majlis berkenaan, kakitangan ASM turut diraikan pada Perhimpunan Akhir Tahun 2023. Terima kasih warga ASM atas komitmen terbaik yang telah ditonjolkan pada tahun ini.
Semoga di tahun 2024 anda semua mampu memberi inspirasi dan kejayaan yang lebih bermakna!