Ar Hijjas Kasturi FASc Menerima Pingat Presiden LAM 2023
November 15, 202338th ASM IdeaXchange and ASM Sarawak Chapter Roadshow
November 15, 2023ASM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua individu yang diraikan pada Majlis Penganugerahan Felo dan Pengiktirafan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023. Penghargaan dizahirkan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang dan Timbalannya, YB Datuk Arthur Joseph Kurup yang menyempurnakan majlis penuh gemilang ini.
YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucaptama mewakili Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyarankan supaya beberapa agensi yang bertindak sebagai badan pemikir negara untuk bersatu di bawah Perikatan Badan Pemikir Negara bagi memberikan input yang lebih menyeluruh berpaksikan pemikiran masa hadapan. Perdana Menteri juga mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Ketika ini beberapa badan pemikir negara terdiri daripada antaranya Akademi Sains Malaysia (ASM), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
Pada majlis ini, 35 Felo baharu dan 30 TRSM diperkenalkan. Pemilihan Felo dan TRSM adalah mewakili individu terbaik di seluruh negara dalam lapan kumpulan disiplin iaitu Sains Perubatan dan Kesihatan; Sains Kejuruteraan; Sains Kimia; Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar; Matematik, Fizik dan Sains Bumi; Teknologi Maklumat dan Sains Komputer; Pembangunan Sains & Teknologi dan Industri; serta Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sehingga kini, ASM mempunyai 482 Felo yang terdiri daripada 28 Felo Kanan, 454 Felo Biasa dan 272 TRSM.