International Day for Biodiversity: Book Highlight
June 12, 2024Visit to Hi-Tech Instruments Sdn Bhd
June 12, 2024Majlis Sains Negara (MSN) pada 14 Mei 2024 telah meluluskan Pelan Hala Tuju Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi Negara (RDICE).
MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) telah membangunkan Pelan Hala Tuju berkenaan sejak tahun 2021 dengan pembabitan pelbagai pemegang taruh. RDICE bertujuan bagi menyokong wawasan Malaysia untuk mencapai status Negara Berteknologi Tinggi menjelang 2030.
Melalui strategi-strategi yang dicadangkan, Pelan Hala Tuju ini dilihat mampu menyokong pembangunan teknologi dan bakat tempatan serta mempergiatkan pertumbuhan industri berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Pada masa yang sama, MSN juga bersetuju bahawa pemerkasaan Ekonomi Biru harus diberi tumpuan untuk memanfaatkan sumber lautan secara mampan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan mata pencarian dan penjanaan pekerjaan sambil memelihara kesihatan ekosistem lautan.
Untuk makluman, ASM telah menerbitkan satu kertas posisi yang bertajuk Position Paper on Blue Economy: Unlocking The Value of The Oceans dalam usaha mengenalpasti jurang utama dalam ekosistem Ekonomi Biru serta memacu hala tuju ekosistem Ekonomi Biru Malaysia yang mampan, menguntungkan, inklusif dan kalis masa depan.
Dalam kertas ini, ASM mencadangkan supaya lapan sektor strategik diperakui sebagai kluster Ekonomi Biru dalam RMK-13 dan menerimapakai lapan prinsip berpaksikan alam semula jadi (8R-Nature-Centric Blue Economy) sebagai prinsip utama agar sektor Ekonomi Biru menjadi lebih lestari dan menjana nilai tambah kepada sosioekonomi negara.
ASM akan bekerjasama dengan MOSTI dan semua kementerian yang relevan untuk meyumbang kepakaran dan input yang berkaitan untuk pelaksanaan kedua-dua inisiatif serta memantaunya dari masa ke semasa untuk memastikan objektifnya tercapai.