Mari Sertai Ceritera ArtScience 2024!
May 15, 2024Selamat Pagi Malaysia: Kesihatan Planet bersama Pn Hazami Habib
May 16, 2024Terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan pemegang taruh yang sudi hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran ASM. ASM juga amat berbesar hati atas kesudian Timbalan Menteri MOSTI, Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Ketua Setiausaha MOSTI, Dato’ Ts Dr Hj Aminuddin Hassim dan pegawai-pegawai kanan MOSTI yang turut memeriahkan majlis.
Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti kambing bakar, lemang, ketupat palas, sate, masak lodeh dan manisan. Selain itu, beberapa aktiviti menarik juga diadakan seperti Raya Pictonary dan Guess the Raya Song. Turut disediakan adalah ruang pameran koleksi buku terbitan ASM.
Majlis ini sudah pasti merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin antara ASM bersama pemegang taruh. Sekali lagi, terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini.