
ASM Podcast Episode 45 – Malaysian Young Scientists at Lindau
December 30, 2024
Wireless Bridging: Usaha Perkasa Internet di Keningau, Sabah
December 30, 2024Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui ASM telah memulakan inisiatif STI 100^3 yang melibatkan 28 saintis Jaringan Pakar ASM yang terdiri daripada Felo ASM dan Ahli Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM). Saintis-saintis yang terpilih merupakan pakar berpengalaman daripada pelbagai bidang termasuk pakar biologi, fizik, kimia dan kejuruteraan dari Institut Pengajian Tinggi seluruh negara.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi menyahut seruan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2024 yang meminta MOSTI menyenaraikan 100 orang saintis tempatan bagi tujuan melaksanakan Program Jangkau Luar ke 100 buah sekolah dalam usaha menghasilkan impak signifikan dalam peningkatan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
Kitaran pertama bagi inisiatif ini telah bermula pada Oktober 2024 sehingga Januari 2025. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah sesi penyampaian topik STEM yang menarik, perkongsian kerjaya sebagai saintis dan aktiviti hands-on. Sesi-sesi ini direka dengan terperinci bagi menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan mudah.