
STI 100^3: MOSTI dan ASM Galak Minat STEM Pelajar Sekolah
December 30, 2024
ASM & Ministry of Economy Drive National Education Reform
December 30, 2024Sistem Wireless Bridging (WBS) dilaksanakan di bawah Inisiatif Segera Ekonomi MADANI: Projek Memperkasa Rakyat untuk tahun 2023/2024. WBS merupakan teknologi penyambungan internet dan merupakan penyelesaian yang melengkapi usaha Kerajaan untuk mengurangkan jurang digital di kawasan luar bandar melalui teknologi yang mampu meluaskan capaian internet dari sumber sedia ada.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ASM berserta rakan-rakan strategik lain; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), SabahNet dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah berjaya menunjukkan keberkesanan pelaksanaan WBS di Kampung Simbuan, Keningau, Sabah yang memanfaatkan hampir 700 penerima daripada kalangan pelajar serta komuniti setempat.
Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya pada Sesi Perluasan Capaian Internet melalui Sistem Wireless Bridging menekankan bahawa penggunaan WBS merupakan solusi pelengkap dalam merealisasikan aspirasi 100 peratus liputan jalur lebar mudah alih di seluruh negara menjelang akhir tahun 2025.
Sementara itu dalam majlis sama, Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata beliau menghargai komitmen semua pihak yang memfokuskan kepada Kawasan yang memerlukan capaian internet yang stabil dan konsisten bagi inisiatif WBS ini. Inisiatif berkenaan kata beliau, sudah pasti akan meningkatkan akses kepada teknologi dan maklumat yang sebelum ini menjadi cabaran kepada masyarakat setempat dalam menyahut aspirasi digitalisasi negara.
WBS adalah satu teknologi yang berpotensi untuk membawa perubahan besar dalam landskap komunikasi dan capaian maklumat, terutamanya dalam kawasan yang menghadapi cabaran infrastruktur. Justeru, semoga inisiatif ini dapat terus dikembangkan dalam memberikan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.