
ASM FAScinate: June 2022
July 16, 2022
Synopsis: Just an Individual of a Species & The Biology of Long-Necked Weevil
July 18, 2022ASM Podcast menampilkan Dr Sharmila Mohamed Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia. Beliau akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang program MyIS.
Yayasan Inovasi Malaysia atau YIM telah melaksanakan program Malaysia Inovasi Sosial atau MyIS. MyIS adalah sebuah program untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, terutamanya golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi tempatan yang berinovatif.
Program MyIS selari dengan dasar Kerajaan untuk memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran pelbagai, berdaya kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara menjelang tahun 2050. Ini sejajar dengan objektif untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama, selain mempersiapkan rakyat dalam menghadapi ledakan Revolusi Perindustrian Keempat.