ASM Podcast 33: Borak Sains Mengupas Bakteria Baik vs Bakteria Jahat
February 15, 2024ASM-KAST Bilateral Symposium Strengthens Scientific Cooperation
February 15, 2024Pada 17 Januari 2024, ASM telah menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Biodiversiti Pahang (MBP) diketuai oleh Encik Mohd Zikri Omar, Ketua Sekretariat MBP dengan tujuan meneroka peluang kerjasama dalam bidang biodiversiti.
Beberapa projek ASM diterangkan oleh KPE ASM, Puan Hazami Habib kepada delegasi MBP antaranya Malaysia Open Science Platform (MOSP), i-Connect dan Biodiversiti Kepersisan. ASM turut menjemput MBP untuk menyertai Perikatan Biodiversiti Kepersisan serta sesi libat urus yang dikelolakan oleh ASM di bawah projek Biodiversiti Kepersisan. Projek tersebut turut menerima Geran Pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).
MBP adalah badan penasihat yang berperanan menasihati Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha melindungi alam semulajadi dan sumber biologi. Fungsi-fungsi utama MBP antaranya:
- Menasihati Kerajaan Negeri atas perkara-perkara berkaitan dengan pemeliharaan dan penggunaan berterusan sumber-sumber biologi.
- Menggalakkan penubuhan dan mengukuhkan pengurusan sumber-sumber biologi Negeri
- Menimbang, merumus dan mengkaji semula dasar Negeri berkenaan dengan bioteknologi dan pemakaian terhadap bioteknologi.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa berhubung dengan pemeliharaan, penyelidikan dan penggunaan berterusan sumber-sumber biologi dan biodiversiti.
Antara inisiatif yang dikongsikan adalah Man and Biosphere 360° Biodiversity Education Programme, iaitu pembelajaran secara langsung masyarakat kepada sumber biologi.
ASM berterima kasih atas kunjungan hormat MBP dan menzahirkan keyakinan kerjasama utuh kedua-dua agensi ini dalam usaha memperkukuh bidang biodiversiti negara.