Call for Application: CERN Summer Student Programme 2024
January 3, 2024ASM’s Inaugural Strategic Workshop with ASM Experts Maps Future Trajectory
January 16, 2024Pada 11 Disember 2023, ASM telah menerima kunjungan hormat YB Haji Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan berserta Profesor Madya Dr Mohd Hanif Yaacob, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS). Pertemuan bertujuan membincangkan keperluan kepakaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta potensi kerjasama STI dengan negeri Kelantan dan Terengganu.
Puan Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif ASM telah berkongsi mengenai aktiviti dan kajian terkini yang melibatkan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi dan jaringan pakar ASM. Isu-isu seperti pengurusan bencana alam, akses internet, pendidikan STEM dan potensi unsur nadir bumi turut menjadi fokus perbincangan.
Turut hadir sama ialah Profesor Dato’ Dr Jafri Malin Abdullah FASc, Pengerusi ASM Wilayah Pantai Timur.
Menerusi pertemuan ini, ASM menghargai input yang telah dikongsikan dan akan memberi sokongan dalam usaha memperkukuh ekosistem STI negeri Kelantan dan Terengganu.