Perhimpunan Tahunan ASM 2023
February 16, 2023Happy 28th Anniversary, ASM!
March 8, 2023Akademi Sains Malaysia pada 27 Januari 2023 telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bagi membincangkan usaha memperkukuh STEM dalam pendidikan di Kedah.
Pelbagai inisiatif diutarakan dan dibincangkan bersama Puan Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif ASM dan Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc, Presiden kelima ASM untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang berkenaan di sekolah.
Ketika ini, hanya sejumlah 47% pelajar memilih bidang pengajian STEM. Kerajaan mensasarkan 60% pelajar STEM menjelang 2030 bagi memastikan negara mempunyai bekalan bakat STEM yang mencukupi sejajar Matlamat Pembangunan Mampan ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 2030.