
LET’S READ – Position Paper on Blue Economy: Unlocking the Value of the Oceans
February 16, 2023
Kunjungan Hormat Daripada YB Dato’ Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail
February 16, 2023
Pada 19 Januari 2023, telah berlangsung Perhimpunan Tahunan 2023 bersama Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib. Acara tahunan ini diadakan secara fizikal buat kali pertama sejak COVID-19.
Majlis dimulakan dengan Ikrar Aku Janji Penjawat Awam dalam mewujudkan kesedaran di kalangan warga kerja ASM akan betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional.

Program kemudian diteruskan dengan amanat oleh KPE ASM yang menelusuri peranan ASM yang dahulunya hanya mempromosikan sains, kini bergerak ke arah Changemaker. Justeru, beliau menekankan agar semua barisan 108 kakitangan ASM untuk bekerjasama dalam menjayakan setiap tugasan dan program mengikut Matlamat ASM dalam Pelan Strategik 2021-2025 yang memfokuskan kepada usaha ASM menjadi badan pemikir dan penasihat yang bebas, dipercayai, penting, berkesan serta efektif.
Amanat beliau diharap menyuntik semangat kepada warga kerja ASM supaya menjadi lebih produktif dan dinamik dalam menjadikan tahun 2023 lebih gemilang bagi agensi ini.