World Ocean Day Webinar
July 18, 2023ASM ArtScience Prize 2022 Exhibition
July 18, 2023Pada 7 Jun 2023, Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) Bil 1/2023 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berlangsung.
Akademi Sains Malaysia selaku ahli NSC turut menghadiri mesyuarat kali ini dan diwakili oleh Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc.
NSC ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa tertinggi peringkat kebangsaan dalam tadbir urus sektor sains, teknologi dan inovasi (STI) dan berperanan untuk menetapkan hala tuju sektor STI negara dan memantau kemajuan pelaksanaan program dan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.
Mesyuarat kali ini bersetuju dengan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR). Lima teras strategik telah digariskan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi hidrogen menjelang tahun 2050. HETR dijangka mampu menyumbang sehingga RM61 bilion terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 serta antara lain bakal mewujudkan sebanyak 45,000 peluang pekerjaan.
ASM merupakan salah satu rakan strategik kepada NanoMalaysia, NanoVerify dan MGTC dalam penggubalan pelan hala tuju berkenaan. Input yang diberi oleh ASM adalah berdasarkan satu Kertas Posisi Ekonomi Hidrogen yang telah diterbitkan oleh ASM pada tahun 2020.
Layari laman sesawang ini untuk bacaan lanjut Kertas Posisi Ekonomi Hidrogen terbitan ASM.