Five ASM Fellows Receive Prestigious ISC Fellowships
January 16, 2024Wacana STEM: Mengapa STEM Diperlukan pada 2024?
February 15, 2024Pada 10 Januari 2024 telah berlangsung Majlis Townhall 2024 Pengurusan Tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), diketuai oleh YBhg. Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI bersama warga kerja berserta jabatan dan agensi di bawah struktur organisasinya.
Menerusi pelan strategik MOSTI bagi tahun 2024, ASM muncul antara agensi yang akan melaksanakan beberapa program petunjuk prestasi utama (KPI) antaranya Malaysia Science Endowment (MSE), Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) dan International Conference on Tropical Sciences (TropSc).
Pada majlis berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib telah menerima Surat Pelantikan Badan Berkanun/ Syarikat Kerajaan Sebagai Agensi Pelaksana Program Pembangunan di Bawah MOSTI bagi tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh YB Menteri MOSTI, Tuan Chang Lih Kang.
ASM selaku Badan Pemikir Negara bagi STIE komited dalam melaksanakan pelbagai program berimpak yang selari dengan slogan MOSTI iaitu ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi.’