MOSTI Townhall: Program Utama MOSTI Tahun 2024 Diumumkan
February 15, 2024Courtesy Visit by the Islamic Development Bank Group (IsDB)
February 15, 2024Wacana STEM: Mengapa STEM Diperlukan pada 2024?
Penurunan peratusan pelajar dalam aliran sains tulen adalah cabaran dalam menyediakan bakat STEM bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing dan progresif.
Bagi mendalami isu ini, ASM dengan kerjasama National STEM Association dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan sebuah perbincangan bertajuk “Wacana STEM: Mengapa STEM Diperlukan pada 2024?” pada 11 Januari 2024.
Sesi ini menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib serta Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Encik Rushdi Abdul Rahim sebagai ahli panel. Profesor Emeritus Dato’ Dr Noraini Idris, Presiden dan Pengasas National STEM Association berperanan sebagai moderator.
Puan Hazami Habib menerusi perkongsian beliau menekankan bahawa di dalam era pasca-norma, pendekatan baharu terhadap sains perlu dilaksanakan bagi mempersiapkan bakat tempatan dalam menghadapi cabaran terhadap ketidakpastian. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran sains perlu beralih daripada menghafal ke pembelajaran meneroka bagi menarik bakat STEM, sekaligus dapat membentuk lebih ramai bakat tempatan untuk meneroka pelbagai peluang di masa hadapan seperti dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi sensor dan blockchain.
Panelis seterusnya, Encik Rusdhi Abdul Hamid, telah menekankan pentingnya teknologi dalam memajukan kehidupan, mencipta pekerjaan, dan memacu inovasi. Beliau menggesa pelajar, pendidik, dan masyarakat untuk memahami teknologi agar Malaysia tidak ketinggalan dalam arena teknologi global, dengan menekankan keperluan tenaga mahir di negara ini.
Sesi ini telah dihadiri pelbagai individu berkepentingan daripada kementerian, agensi dan institusi pendidikan awam. Pameran reruai oleh e-estidotmy, Penerbitan ASM, Pandai dan Q-aerotechnologies Sdn Bhd turut disediakan kepada para tetamu yang hadir.
ASM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program pada hari tersebut.