
Call for Application: 74th Lindau Nobel Laureate Meeting
October 16, 2024
2024 National Science Challenge Grand Finalists Announced!
October 16, 2024Tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Swasta St Joseph, Sarawak yang muncul johan National Science Challenge 2024. Benedict Lau Shu Xian, Chua Poh Hui, dan Parousia Kong Chii Ka membawa pulang Piala Pusingan YAB Perdana Menteri, lawatan sambil belajar ke luar negara, biasiswa pendidikan, gajet dan sijil penghargaan.
Naib johan disandang oleh MRSM Langkawi, tempat ketiga oleh SMK Sultan Ismail, tempat keempat MRSM Gerik dan tempat kelima SMK Jit Sin.
Hadiah bagi kesemua pemenang telah disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang. Beliau dalam ucapan penutupnya menekankan bahawa pengukuhan pembelajaran formal di sekolah melalui aktiviti pembelajaran tidak formal seperti pertandingan NSC ini perlu dilihat sebagai salah satu kaedah utama yang dapat membantu membentuk minat mendalam para pelajar kepada subjek STEM.
ASM turut berbesar hati dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan, YB Tuan Wong Kah Woh yang menyampaikan anugerah Penyertaan Sekolah Tertinggi (JPN Selangor), Penyertaan Sekolah Luar Bandar Tertinggi (JPN Sabah), Anugerah Pelajar Terbaik Kuiz STEM Peringkat Awal (Joanne Lim Yii Jun dari SMK Bintulu, Sarawak) dan Anugerah Anugerah Komunikator STEM Terbaik (Chuah Yee Jia dari SMK Sultan Ismail, Johor).
Dengan tema ‘Memacu Era Transformasi Digital: Merintis Inovasi dan Penyelesaian Mampan’, NSC 2024 telah mencatatkan pendaftaran sejumlah 9,689 pasukan membabitkan 29,067 pelajar seluruh negara.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kesemua pelajar, guru mentor, jurulatih, ibu-bapa dan pihak sekolah dalam menjayakan NSC 2024. Terima kasih kepada rakan-rakan strategik NSC 2024 iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Petrosains, Sasbadi Online Sdn Bhd dan Young Scientists Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM).