Untuk sebarang maklumat lanjut yang tidak dijelaskan dalam FAQ inisila rujuk garis panduan. 

Saya tidak dapat log masuk. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan anda menggunakan ID Peserta dan kata laluan yang betul seperti yang diberikan oleh Guru Mentor. Anda hanya dibenarkan log masuk menggunakan akaun sendiri.
Bagaimana jika orang lain menggunakan ID saya dan menjawab kuiz?
Sijil akan dijana berdasarkan ID yang digunakan semasa log masuk. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan hanya anda dan Guru Mentor sahaja mempunyai akses kepada maklumat log masuk anda.
Bolehkah saya menggunakan telefon bimbit untuk menjawab kuiz?
Ya, anda boleh menggunakan komputer riba, tablet atau telefon bimbit. Walau bagaimanapun, peranti mesti digunakan dalam mod landskap, dan anda disarankan mempunyai capaian internet yang stabil bagi mengelakkan gangguan.
Bilakah saya boleh memulakan kuiz?
Anda boleh memulakan kuiz pada bila-bila masa antara 7.00 pagi hingga 7.00 malam pada tarikh zon yang telah ditetapkan.
Bolehkah saya mengulang semula kuiz?
Tidak. Hanya satu (1) percubaan sahaja dibenarkan. Setelah anda menekan butang “Start”, anda tidak boleh mengulang semula kuiz. Anda disarankan untuk memulakan kuiz lebih awal dalam tempoh yang diberikan.
Bilakah masa (timer) akan bermula?
Masa akan bermula sebaik sahaja anda menekan butang “Start” dan tidak boleh dihentikan.
Bagaimana jika terdapat ralat pada soalan?
Sila maklumkan kepada Guru Mentor dengan segera supaya pihak penganjur dapat dimaklumkan. Anda boleh memuat semula halaman selepas isu tersebut diselesaikan.
Bagaimana jika saya terputus sambungan semasa kuiz?
Anda boleh log masuk semula dan meneruskan kuiz dari soalan terakhir yang dijawab. Walau bagaimanapun, masa akan terus berjalan.
Bagaimana jika saya tidak sempat menekan butang “Submit”?
Jawapan anda akan disimpan secara automatik sepanjang anda menjawab, dan tetap akan direkodkan.
Bagaimana jika saya tidak mempunyai peranti atau capaian internet yang sesuai?
Jika anda tidak mempunyai peranti atau capaian internet yang stabil, anda boleh menggunakan kemudahan di Pusat NADI yang menyediakan akses kepada perkhidmatan dalam talian. Sila semak dengan Guru Mentor atau Pusat NADI terdekat terlebih dahulu untuk mengesahkan ketersediaan. (Pautan senarai Pusat NADI di laman web NSC)
Bilakah saya akan menerima sijil?
Sijil boleh dimuat turun melalui profil Guru Mentor selepas tamat Peringkat Saringan. Hanya peserta yang melengkapkan kuiz akan menerima sijil.