Congratulations to the New ASM Fellows of 2023!
June 18, 2023Presiden ASM Melancarkan Sambutan Hari DNA di UMBI, UKM
June 18, 2023Akademi Sains Malaysia menzahirkan ucapan penghargaan kepada Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang atas kesudian menerima kunjungan hormat Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), YM Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc yang juga merupakan Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Negara.
Turut serta adalah Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib dan Ketua Pegawai Strategik ASM, Puan Nitia Samuel.
Dalam kunjungan hormat berkenaan, ASM antaranya berkongsi berkaitan kajian dan inisiatif penting yang telah dilaksanakan sepanjang lebih sepuluh tahun serta cabarannya.
Sehingga kini, ASM telah melaksanakan sejumlah 119 kajian dan insiatif. Daripada usah-usaha tersebut, sekurang-kurangnya 80% telah diambil sebagai cadangan untuk dilaksanakan di pelbagai peringkat.
Pada masa yang sama, ASM menekankan bahawa sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) adalah sebuah agenda rentas di mana MOSTI memainkan peranan dalam memperkukuh ekosistem STIE negara terutamanya dalam pembiayaan S&T.
Justeru, ASM menerusi kekuatan jaringan pakar seramai 950 individu seluruh negara akan sentiasa memberikan khidmat terbaik ke arah tujuan berkenaan.