
Majlis Pelepasan Pemenang NSC 2023 ke Kunming, China
August 13, 2024
ASM and Japan’s Liberal Democratic Party Discuss Green Technology and Educational Advancements
August 26, 2024Pada 2 Julai 2024, ASM telah menerima kunjungan hormat Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Mara (JPI UiTM), diketuai oleh Profesor Dr Ahmad Sabirin Zoolfakar, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM).
Dalam perbincangan tersebut, KPE ASM, Puan Hazami Habib memaklumkan mengenai kajian dan inisiatif ASM seperti Rangka Kerja 10-10 MySTIE dan Malaysia Science Endownment (MSE). Turut dibincangkan adalah peluang kerjasama bagi Bengkel Sains Komunikasi dan juga bengkel the “Malaysian Code of Responsible Conduct in Research” (MCRCR) kepada warga UiTM. Beliau turut mengalu-alukan UiTM dalam berkongsi data repositori di Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) untuk manfaat penyelidik tempatan dan antarabangsa.
ASM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada UiTM dan diharap lebih banyak kerjasama dapat direalisasikan antara kedua-dua pihak ini di masa hadapan.