
Forum: Igniting Mission-oriented Minds in Young Scientists
August 12, 2024
Kunjungan Hormat UiTM dan BITCOM
August 20, 2024Selamat jalan diucapkan kepada pemenang National Science Challenge (NSC) 2023, Kolej Yayasan Saad yang telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kunming, China. Lawatan berkenaan adalah hadiah utama bagi mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan semasa edisi NSC tahun lalu.
ASM menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Menteri MOSTI, YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal yang hadir ke majlis pelepasan pemenang NSC 2023 di lobi utama MOSTI. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu membina keupayaan, kapasiti dan kecekapan generasi baharu yang akan memimpin negara ke era kecemerlangan teknologi.
Justeru, menerusi program seperti NSC, MOSTI menghargai usaha ASM dalam membangunkan bakat STEM negara. Setiausaha Agung ASM, Profesor Dr Norsaadah Abd Rahman FASc dalam ucapan alu-aluannya berharap pemenang NSC 2023 dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka terhadap sains dan teknologi seterusnya mampu menjadi inspirasi dan motivasi kepada yang lain.
Lawatan Pemenang NSC 2023 ke Kunming, China bermula dari 22 hingga 28 Julai 2024. Lawatan tersebut telah mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti seperti seminar akademik, lawatan ke institut penyelidikan saintifik dan program kebudayaan.