2018 ANNUAL REPORT

Konsep Rekaan Kulit

Sebagai Badan Pemikir Sains, Teknologi dan Inovasi, Akademi Sains Malaysia memberi keutamaan kepada maklumat yang sahih dan benar dalam membentang syornya. Konsep rekaan kulit menggambarkan Akademi sebagai organisasi yang mempunyai pendekatan yang unik pada masa yang sama, berganding bahu dengan pelbagai entiti bagi memastikan Malaysia yang harmoni, makmur dan lestari. Matlamat kami untuk mencapai Malaysia yang progresif bermula dengan cetusan idea yang terbaik bagi masyarakat sejagat.

AKADEMI
SAINS
MALAYSIA

THINK SCIENCE,
CELEBRATE TECHNOLOGY,
INSPIRE INNOVATION

Menjadi Peneraju Pemikir yang diiktiraf bagi isu berkaitan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi.

Memupuk kecemerlangan dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi (SET) untuk kebaikan masyarakat keseluruhannya.

  • Menjadi Peneraju Pemikir
  • Menjadi Badan Penasihat Apex dalam hal berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)
  • Menjadi penggalak yang efektif terhadap kesedaran dan pemahaman awam tentang STI
  • Menjadikan STI sebagai asas bagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat
  • Menasihati Kerajaan berkenaan hal STI yang berkepentingan kepada negara dan antarabangsa
  • Memupuk budaya kecemerlangan SET di Malaysia
  • Membantu meningkatkan keupayaan teknologi sektor industri di Malaysia
  • Menggalakkan kesedaran dan pemahaman umum mengenai kepentingan STI dalam kehidupan seharian
  • Menjalin jaringan dan kerjasama antarabangsa
  • Penerbitan saintifik
  • Memanfaatkan pemikiran saintifik untuk menentukan hala tuju STI negara
  • Memupuk budaya kecemerlangan SET
  • Memastikan input STI yang berwibawa dan tepat pada masanya
  • Menggalakkan penggunaan dan aplikasi sains untuk kesejahteraan rakyat
  • Memudahcara pelaksanaan strategi ekonomi berasaskan inovasi

Kajian Strategik STI

  • Malaysia 2050
  • Sosio Ekonomi
  • Penjelmaan Teknologi Baru
  • Kelestarian Sains

Program Strategik STI

  • Pembangunan Kapasiti
  • Pengantara
  • Konsortium Sains
  • Fora Perundingan

Dalaman

  • Felo
  • Associates
  • Young Scientists Network-ASM (YSN-ASM)
  • Top Research Scientists Malaysia (TRSM)
  • Pengurusan ASM

Luaran

  • Jabatan Perdana Menteri dan Agensi Pusat
  • Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan agensinya
  • Kementerian lain dan agensi berkaitan
  • Industri
  • Institusi Penyelidikan
  • Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
  • Badan Profesional Sains dan Teknologi (S&T)
  • Organisasi antarabangsa STI
  • Komuniti bandar dan luar bandar
  • Memberi khidmat nasihat yang bebas, boleh dipercayai berasaskan data yang tepat pada masanya
  • Komited dalam mewujudkan program yang berkualiti ke arah pembangunan asas STI negara yang kukuh
  • Mewakili Malaysia dan komuniti saintifiknya di arena antarabangsa
  • Menyebarkan pengetahuan saintifik

TITIPAN DARI PRESIDEN

BAGAIMANAKAH ANDA MENGGAMBARKAN TAHUN 2018?

Bagi ASM, tahun 2018 secara keseluruhan adalah hebat dan sibuk. Kami telah berusaha untuk memperbaiki amalan dan komunikasi dalam kalangan pemegang taruh Akademi, termasuk pakar sains, industri, media dan orang awam dalam menyampaikan objektif kami. Walaupun sibuk, saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin sebuah organisasi dengan jaringan pakar yang bersedia menerima transformasi setiap hari.  Baca lagi

” KAMI AKAN TERUS MELAKSANAKAN PROGRAM BERINOVATIF DAN KAJIAN BERIMPAK TINGGI UNTUK MEMAJUKAN MALAYSIA. “

[rev_slider_vc alias=”ar18-impact-bm”]

MENYUARAKAN
PANDANGAN,
IMPAK
BERMAKNA

ANTARA PENGETAHUAN KHUSUS DAN PEMBENTUKAN DASAR

Persekitaran yang mencabar kini tidak boleh dielak. Mengiktiraf kepentingan sains untuk mengemudi dunia yang kompleks ini, ASM memainkan peranan penting dalam menganalisis, membangun, dan memberikan khidmat nasihat sains dan penyelesaian dasar kepada kerajaan. Disokong oleh pengetahuan saintifik dan pakar sains berpengalaman, ASM berusaha menangani isu-isu berkaitan STI yang penting untuk negara dan global, secara bebas, berwibawa, relevan dan tepat pada masanya.

.

Maklumat terperinci

PENGURUSAN SUMBER AIR BERINTEGRASI

UNTUK MASA DEPAN YANG LESTARI

Jawatankuasa Air ASM meneruskan kerjasama dengan pihak Kerajaan dalam pelaksanaan National Integrated Water Resources Management Plan (NIWRMP). Disebabkan oleh penstrukturan semula kerajaan persekutuan berikutan Pilihanraya Umum ke-14, jawatankuasa tersebut telah mengambil kira perubahan tersebut dan telah menyediakan Adendum bagi laporan Transformation of the Water Sector: National Integrated Water Resources Management Plan (NIWRMP) – Strategies and Road Map yang telah dilancarkan pada bulan Disember 2016.

Baca lagi

Baca laporan NIWRMP di sini.

Baca adendum di sini.

MENYATUPADUKAN KOMUNITI SAINTIFIK DISASTER RISK REDUCTION (DRR) MALAYSIA MELALUI PERIKATAN

Disaster Risk Reduction Research Alliance Committee (DRR Research Alliance) telah ditubuhkan untuk menyokong komuniti saintifik di Malaysia mengenai pengurusan bencana. Bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ASM telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Inovasi Bagi Pengurangan Risiko Bencana yang pertama pada 5-6 Oktober 2017 untuk memudahkan interaksi antara penyelidik, penggubal dasar, pengamal dari kerajaan, masyarakat, dan industri mengenai pengurusan bencana.

Baca lagi

SCIENCE OUTLOOK 2017:
KE ARAH MENCAPAI MALAYSIA PROGRESIF 2050

Diterajui para Felo dan Associates ASM, Science Outlook 2017 meneliti kemajuan Malaysia dalam STI untuk merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kreatif dan berinovasi. Bertemakan “Ke Arah Mencapai Malaysia Progresif 2050”, pemahaman STI perlu dipertingkat untuk mengubah hala tuju STI dalam negara.

Baca lagi

1-3 TERAS STRATEGIK  4-6 TERAS STRATEGIK

 

Baca laporan penuh kajian.

Tonton video pelancaran.

18 SARANAN
  1. Memperkukuh perancangan dan penyelarasan sains melalui badan berpusat khusus.

  2. Menubuhkan platform STI yang rasmi antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

  3. Menitikberatkan pembangunan eksperimental.

  4. Menubuhkan Agensi Pengurusan Penyelidikan Pelbagai Fungsi (RMA) serta mempertimbang penubuhan Agensi Pengkomersilan Teknologi (TCA).

  5. Mengenal pasti semula bidang keutamaan PPP negara.

  6. Membangunkan Kluster Inovasi Serantau.

  7. Menarik minat dan mengekalkan bakat STEM dengan menawarkan ganjaran dan peluang pembangunan kerjaya secara berterusan.

  8. Mengutamakan pembangunan kemahiran numerik dan teknikal.

  9. Membuat penilaian jurang bakat dan kemahiran STEM negara setiap dua tahun.

  10. Menubuhkan rangkaian kolaboratif yang berpandukan industri untuk mempertingkat penyelidikan berasaskan permintaan, serta penyertaan sektor swasta.

  11. Memudahkan penyebaran dan pemantauan maklumat berkaitan dengan industri dengan pusat penyimpanan data dan maklumat maya.

  12. Kerjasama antara sektor kerajaan dan swasta untuk mengemaskini dan menaiktaraf ruangan pembudayaan STI.

  13. Membentuk pusat media sains maya untuk memantapkan isi kandungan STI di pelbagai platform media.

  14. Mengutamakan pembentukan rancangan kreatif bertemakan STI.

  15. Kepimpinan dalam menentukan arah tuju hubungan antarabangsa strategik STI negara.

  16. Meningkatkan peranan atase sains di kedutaan Malaysia seluruh dunia.

  17. Memperkukuh hubungan antara Kementerian Luar Negeri (KLN) dan komuniti saintifik negara.

  18. Memanfaatkan platform perdagangan Malaysia di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan kepintaran pasaran dalam industri berasaskan STI.

PRECISION MEDICINE

SATU RAWATAN BUKAN UNTUK SEMUA

Selama ini, kaedah yang digunakan oleh doktor untuk mengubati pesakit adalah dengan memberikan ubat dan dos yang sama kepada semua pesakit. Perbezaan hasil rawatan sebegini, terutamanya dari segi tempoh pemulihan dan kesan sampingan, menunjukkan bahawa kepelbagaian genetik setiap individu perlu dititikberatkan. Kaedah “satu rawatan untuk semua” tidak boleh dipraktikkan lagi.

Baca lagi

PAKATAN MALAYSIA UNTUK TEKNOLOGI BLOCKCHAIN

Blockchain dan Electronic Distributed Ledger Technologies (EDLT) berpotensi untuk menyokong transaksi masa nyata yang efisien dan selamat merentasi pelbagai sektor, seterusnya menyediakan peluang untuk inovasi disruptif.

Baca lagi

HALAL

TASK FORCE ON THE SCIENCE OF HALAL INITIATIVE IN MALAYSIA

“Halal” – secara amnya bermaksud dibenarkan dalam Islam – meliputi kedua-dua produk dan.perkhidmatan. Dengan jangkaan peningkatanpopulasi Muslim global sebanyak 2.2 bilion menjelang 2030, permintaan barangan dan perkhidmatan halal dijangka akan turut meningkat. Nilai pasaran global untuk perdagangan halal bagi produk makanan dan bukan makanan dianggarkan sebanyak USD2.3 trilion setahun, menjadikan ia salah satu pasaran yang berkembang pesat di dunia.

Baca lagi

MEMAHAMI PEMBELAJARAN MESIN

Peningkatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) memberi pelbagai faedah sosial dan ekonomi yang melangkau pelbagai sektor ekonomi. AI membolehkan sistem komputer menganalisis, mempelajari, dan memproses maklumat dengan kelajuan yang luar biasa, jauh melebihi kebolehan manusia.

Baca lagi

DASAR SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGARA (DSTIN)

KAJIAN SEMULA DAN FORMULASIN SEMULA DAN FORMULASI

Bagi menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan mengarusperdanakan STI, MESTECC telah mengarahkan ASM untuk mengkaji semula DSTIN 2013-2020 dan merangka DSTIN 2021-2030 yang baru.

Baca lagi

6 TERAS STRATEGIK

KAJIAN PELAN INDUK SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI NEGARA(STIMP) 2020-2030

Dalam usaha mengarusperdanakan STI untuk kemajuan sosio-ekonomi negara, MESTECC telah dimandatkan oleh Kerajaan untuk merangka Pelan Induk STI Negara untuk menyokong pelaksanaan semua dasar yang berkaitan STI (STI untuk Dasar) serta merealisasikan Agenda Sains Negara dan memanfaatkan peluang STI untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berpaksikan Rakyat.

Baca lagi

DASAR DAN PELAN INDUK STI MALAYSIA 2021-2030

Sebuah jawatankuasa diketuai oleh Professor Datuk Dr Asma Ismail FASc dan dibantu oleh Dr Helen Nair FASc ditubuh untuk melaksanakan sesi pemurniaan bagi kajian NPSTI 2021-2030 dan STIMP 2020-2030. Tujuan sesi pemurnian ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan dasar dan pelan induk STI negara yang saling melengkapi (seperti Malaysia Policy and Master Plan on STI 2021-2030). Sesi pemurnian ini akan dilaksanakan dalam suku pertama 2019.

Baca lagi

TINJAUAN SEPARUH PENGGAL PELAN PEMBANGUNANPENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025
(PENDIDIKAN TINGGI)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2015 -2025 (Pendidikan Tinggi) merupakan pelan transformasi 11 tahun pendidikan tinggi Malaysia yang direka untuk mendorong pemegang taruhnya seiring, jika bukan lebih awal, dengan cabaran dan trend global melalui sepuluh lonjakan yang akan direalisasikan melalui 32 strategi dan 71 inisiatif.

Baca lagi

KAJIAN IMPAK
PELAKSANAAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN MALAYSIA

Universiti Penyelidikan Malaysia (MRU) adalah penggerak utama ekosistem inovasi kebangsaan dan ekonomi pengetahuan Malaysia. Universiti universiti ini juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi, daya saing industri tempatan, dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Pada September 2006, UKM, USM, UM dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dinamakan sebagai kumpulan perintis MRU. UTM mencapai status MRU kelima pada tahun 2010.

Baca lagi

KHIDMAT INPUT STRATEGIK

Akademi memberikan input strategik kepada kementerian dan agensi kerajaan berdasarkan kajian ASM terdahulu dan semasa yang diketuai oleh Felo ASM yang pakar dalam bidang berkaitan.

Baca lagi
KHIDMAT NASIHAT KEPADA KERAJAAN

ASM telah merangka tiga memorandum dalam usaha menyempurnakan mandat sebagai peneraju pemikir dalam STI.

  • Memorandum Tadbir urus STI

  • Memorandum Ekosistem Inovasi Malaysia

  • Input Reformasi Institusi Tadbir Urus STI yang lebih berkesan

Baca lagi

PENGLIBATAN
SAINTIS,
MEMPERKASA
MASYARAKAT

ASM MENEKANKAN PERANAN PENTING SAINS TERHADAP KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DENGAN MELAKSANAKAN PROGRAM SAINTIFIK DEMI KEBAIKAN MASYARAKAT.

Sains sentiasa dikaitkan sebagai bidang yang sukar dan berasaskan buku teks, menjadikan masyarakat hilang minat terhadap subjek itu. Sebenarnya, sains adalah satu subjek yang menarik, yang mendorong kehidupan seharian kita – dan inilah mesej yang ASM cuba sampaikan melalui inisiatif yang dijalankan.

ASM juga memperkasakan komuniti saintifik dengan menganjurkan pelbagai program melalui kerjasama dengan institusi dan organisasi kebangsaan dan antarabangsa.

Maklumat terperinci

MEMBENTUK BAKAT STEM MASA HADAPAN

National Science Challenge (NSC) telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahbaikan dari segi isi kandungannya, seiring dengan perkembangan bidang sains terkini. Sebagai salah sebuah pertandingan sains yang signifikan di peringkat sekolah menengah, NSC bertujuan membangunkan kapasiti, keupayaan dan kompetensi generasi muda dalam bidang STEM, bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menempuh cabaran di masa depan.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan akhbar.

Ikuti media sosial NSC.


MEMUPUK PERSAHABATAN ANTARA NEGARA ASEAN MELALUI SAINS

Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah untuk 7th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APT JSO). Peserta dari negara ASEAN serta Korea Selatan telah tiba di Malaysia untuk pertandingan selama empat hari yang terdiri daripada Great Science Pitch, Great Science Quest dan Great Science Ideas. Ahli YSN-ASM turut menyokong program ini dengan mengajar para peserta teknik komunikasi sains yang efektif.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Tontoni video sorotan.

Baca liputan ASM.


MEMBENTUK MINDA MENGHASILKAN CIPTAAN

SAINS MENYATUKAN, INOVASI MENENTUKAN

Buat kali kedua, Malaysia telah dijemput untuk menyertai 2nd One Belt One Road Teenager Maker Camp & Teacher Workshop, oleh China’s Children &Youth Science Center of CAST (CYSC).

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Tonton video sorotan.

Baca liputan ASM.


PENCIPTA MUDA

Minda generasi muda mengandungi idea-idea yang masih menunggu untuk dicungkil dan dipraktikkan.Idea-idea yang terkandung ini mungkin merupakan kunci kepada menyelesaikan isu-isu global dan serantau. Sumber berharga ini perlu dimanfaatkan dan direalisasikan sebaiknya. Sehubungan itu,Young Makers Programme merupakan salah satu acara untuk menemui bakat-bakat muda dalam bidang inovasi.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.


“STEM” UP YOUR GAME!

Apabila sebuah syarikat berhasrat memupuk minat STEM dalam kalangan kanak-kanak bertemu dengan sebuah organisasi yang berusaha mengarusperdanakan STEM dalam negara, sebuah program yang memenuhi hasrat kedua-dua pihak dan seterusnya memperkaya pelajar terhasil.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SAINS DAN MASYARAKAT

Sains adalah menyeronokkan dan menarik. Ia boleh menjadi hala tuju kerjaya yang berdaya maju. Malangnya, ia tidak menarik perhatian masyarakat. Minat rakyat Malaysia terhadap sains didapati rendah berbanding negara lain.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

MEMELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Alam sekitar merupakan komoditi penting yang membawa kebaikan kepada semua elemen dalam ekosistem. Oleh itu, alam sekitar perlu dilindungi agar sentiasa terpelihara. Pada masa yang sama,masyarakat perlu dididik tentang kepentingan alam sekitar serta menjana kewangan untuk penduduk setempat.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

Layari laman sesawang.

MENGGALAKKAN BUDAYA SAFE AND SECURE SCIENCE

Para saintis dan penyelidik dari rantau MESA berkumpul di Conference to Promote Safe and Secure Science in the Middle East/North Africa and South/Southeast Asia untuk berbincang dan berkongsi amalan terbaik dalam mempromosikan kesedaran tentang amalan sains yang selamat dan terjamin dirantau ini. Menekankan topik sains hayat yang relevan dengan rantau MESA, para peserta membincangkan isu utama seperti penyelidikan, dasar sains, etika,tanggungjawab dalam sains, integriti penyelidikan,dan penglibatan orang ramai.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan media.

Baca liputan ASM.

ANUGERAH DAN GERAN

Anugerah dan geran adalah galakan utama kecemerlangan dalam kalangan masyarakat saintifik yang menandakan sumbangan dan pencapaian mereka. Pengiktirafan sebegini adalah penting untuk para saintis dan penyelidik yang telah menjalankan penyelidikan saintifik yang signifikan bagi menangani isu tempatan dan global, selain dari memposisikan Malaysia secara strategik di mata dunia.

ASM memanfaatkan kepakaran Felo sebagai ahli panel penilaian dan pemantauan untuk pelbagai anugerah dan geran. Dengan kepakaran dalam bidang masingmasing, Felo-felo ini memilih saintis dan ahli teknologi yang mempamerkan kecemerlangan dalam usaha penyelidikan mereka.

BOLEHKAH KANSER DILENYAPKAN SELAMANYA?

Kanser: Perkataan yang menimbulkan perasaan mendalam –kebiasaannya ‘ketakutan’.

Malaysia mempunyai ramai penyelidik dalam bidang penyelidikan kanser yang berusaha memahami, memperbaiki sistem pengesanan dan mencari kaedah baharu untukmenyembuhkan penyakit tersebut. Untuk memastikan usaha murni komuniti penyelidik ini berterusan, peluang dan dana perlu disediakan sebaiknya.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

MENERUSKAN LEGASI DR RANJEET BHAGWAN SINGH

Penemuan santifik yang hebat mungkin bermula daripada penyelidikan yang terkecil. Mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh menyedari kepentingan menyokong penyelidik awal kerjaya dalam bidang penyelidikan mereka. Oleh itu, beliau telah menyumbangkan sebahagian harta beliau untuk menyediakan geran sebagai dana tambahan bagi menyokong penyelidikan saintis-saintis ini.

Baca lagi

GERAN KHAS UNTUK PENYELIDIKAN SAINTIFIK STRATEGIK

Program Utama DSTIN

Projek Moving up the Value Chain and Environmentally Friendly Processes in Silicon Photovoltaic Technology: Non-toxic Processes, Wafering and Crystal Growth telah diterima sebagai program yang bakal memberi impak pada pembangunan STI serta seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan ProgramTransformasi Ekonomi (ETP).

Peruntukan Khas Agensi MESTECC

Projek Development of Yeast System for Flavonoid Production dikenal pasti sebagai sebuah projek yang memberi impak kepada pembangunan STI negara seiring dengan Model Ekonomi Baharu (NEM).

Baca lagi

ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2018

Anugerah ini diberikan oleh MESTECC kepada saintis muda Malaysia yang cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan saintifik.

Baca lagi

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2018

Anugerah ini diberikan oleh MESTECC kepada juruteknologi dan golongan semi-profesional seperti juruteknik dan pembantu makmal yang telah memberi sumbangan dan memperoleh pencapaian dalam bidang S&T.

Baca lagi

ANUGERAH DAN GERAN

Anugerah dan geran adalah galakan utama kecemerlangan dalam kalangan masyarakat saintifik yang menandakan sumbangan dan pencapaian mereka. Pengiktirafan sebegini adalah penting untuk para saintis dan penyelidik yang telah menjalankan penyelidikan saintifik yang signifikan bagi menangani isu tempatan dan global, selain dari memposisikan Malaysia secara strategik di mata dunia.

ASM memanfaatkan kepakaran Felo sebagai ahli panel penilaian dan pemantauan untuk pelbagai anugerah dan geran. Dengan kepakaran dalam bidang masingmasing, Felo-felo ini memilih saintis dan ahli teknologi yang mempamerkan kecemerlangan dalam usaha penyelidikan mereka.

PENYAMPAIAN PROJEK BERKUALITI

Pasukan Pemantauan Projek (PMT)memastikan projek dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan serta sumber-sumber diuruskan dengan bijak. Felo ASM mempraktikkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam membimbing projek supaya ia disiapkan dengan sempurna.

Baca lagi

NEWTON-UNGKU OMAR FUND (NUOF)

Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan UK diteruskan lagi tahun ini dengan NUOF. Dana tersebut bertujuan untuk membangunkan rangkaian antara penyelidik multi-disiplin dan inter-disiplin melalui integrasi pengetahuanSTI yang mengenal pasti isu-isu sosioekonomi Malaysia.

Baca lagi

TITIK PERTEMUAN DUA ALIRAN

BOLEHKAH DATA DAN EKSPRESI BERSATU?

Bagi mereka yang tidak mengenali dunia seni atau sains, keduanya kelihatan sangat berbeza; satu didorong data, manakala satu lagi didorong emosi.Kebiasaannya, seni dilihat sebagai hasil ekspresi manakala sains pula merupakan penerokaan alam realiti untuk mencari kebenaran.

Baca lagi

IMPAK GLOKALISASI

YSN-ASM telah membawa penambahbaikan secara giat melalui pelbagai inisiatif oleh ahli dan ahli gabungannya. YSN-ASM juga telah memberi impak yang tinggi di peringkat antarabangsa.

Impak dan pengaruh positif YSN-ASM terbukti melalui kejayaan melaksanakan lebih daripada 50 program jangkauan luar sains, pendidikan sains, komunikasi sains, kepimpinan sains, dasar sains, integriti sains, dan rangkaian antarabangsa.

Baca lagi

KOLOKIUM YSN-ASM 2018

Bertemakan “Glocalise the Impact”, Kolokium YSN-ASM 2018 menghimpunkan 86 ahli dan ahli gabungan dan telah diadakan di Bukit Tinggi, Pahang dari 7 hingga 9 Disember 2018. Acara tahunan dianjurkan untuk meraikan pencapaian profesional dan peribadi serta impak kolektif YSN-ASM. Di samping itu, ia juga diadakan untuk merangka program dan aktiviti YSN-ASM bagi tahun 2019.

Baca lagi

KONSORTIUM SAINS KEBANGSAAN

Dalam usaha memperkukuh P&P Malaysia untuk mentransformasikan sosio-ekonomi negara, Konsortium Sains Kebangsaan telah diwujudkan sejak 2013 untuk memperkasakan usaha bersepadu negara dalam bidang strategik STI. Inisiatif ini telah dijalankan melalui penubuhan pusat tumpuan untuk kerjasama antara institusi dan antarabangsa.

Misi penubuhan konsortium ini adalah untuk mengantarabangsakan P&P Malaysia dan pada masa yang sama meningkatkan output penyelidikan berimpak tinggi. ASM juga ingin mencari rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa untuk meneraju bidang strategik STI bagi membangunkan saintis cemerlang. Selain itu, program ini bertujuan untuk memudahkan Pusat Kecemerlangan (COE) luar negara yang sedang mencari pusat kerjasama tempatan agar ASM berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek saintifik berskala global.

MALAYSIA INSTITUTE FOR INNOVATIVE NANOTECHNOLOGY (NanoMITe)

Sebagai konsortium penyelidikan global yang terdiri daripada 100 saintis nano peringkat tertinggi dari institusi dan pusat akademik bertaraf dunia, Malaysia Institute for InnovativeTechnology (NanoMITe) berusaha untuk:

  • Menyediakan platform global untuk penyelidikan, membangunkan dan mengukuhkan keupayaan dan kapasiti tempatan terhadap nanoteknologi
  • Memacu industri berasaskan nanoteknologiuntuk pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat
  • Menyokong pelaksanaan Kerajaan ke atasEkonomi Distributif dengan memberi tumpuan kepada penyertaan aktif para saintis nano kelas dunia tempatan dan global
  • Menggalakkan sains, budaya penyelidikan dan ekonomi berasaskan pengetahuan

Baca lagi

PUSAT FIZIK ZARAH NEGARA (NCPP)

Pusat Fizik Zarah Negara (NCPP) menerajui penyelidikan fizik zarah eksperimental melalui kerjasama dengan pusat penyelidikan fizik teoretikal terkemuka dan pusat kecemerlangan dalam bidang fizik zarah dan tenaga tinggi.NCPP berkolaborasi dengan empat buah pusatkecemerlangan terkemuka:

  • Compact Muon Solenoid (CMS), European Organization for Nuclear Research (CERN), Geneva, Switzerland
  • Deutsches Elektronen Synchrotron (DESY), Hamburg, Germany
  • High Energy Accelerator ResearchOrganization (KEK), Tsukuba, Japan
  • Osaka University, Osaka, Japan

Baca lagi

PENYELIDIKAN HUTAN HUJAN TROPIKA LEMBAH IMBAK

Yayasan Sabah telah membangunkan Imbak Canyon Studies Centre (ICSC), sebuah fasilitidi zon teras di Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon (ICCA) di Tongod, Sabah.ICSC menyediakan fasiliti penyelidikan bertaraf antarabangsa untuk para penyelidik menjalankan kajian berkaitan ekosistem hutan hujan tropika dan biodiversiti merangkumi taksonomi hutan hingga ke perubahan iklim.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

LIHAT.
DENGAR.
ALAMI.

ASM percaya dengan penyampaian maklumat melalui komunikas iringkas. Di ASM, persoalan “kenapa ia penting?” akan dijawab melalui teknik visual dan penulisan yang kreatif untuk berkongsi kepuasan penemuan dengan semua. Setiap sukaan dan ulang kicau adalah hasil minat masyarakat, dan kami menghargai setiap interaksi tersebut. Penyampaian usaha saintifik dalam bahasa yang mudah difahami merupakan usaha yang berterusan bagi ASM. Kami akan sentiasa berkongsi pencapaian kamidi alam maya dengan anda.

Kami mengalu-alukan
kerjasama
dengan anda ! 

Emelkan kepada:
science_comm@akademisains.gov.my

Meningkatkan Pemahaman Melalui Estetika

Setiap kajian mempunyai nilai signifikan yang tersendiri;tiada kajian yang lebih tinggi nilainya berbanding yang lain.ASM berhasrat meningkatkankesedaran tentang pencapaian Malaysia dalam bidang STImelalui penerbitan. Penerbitan kami juga boleh diguna pakai oleh para penggubal dasar untuk membuat keputusan yang bijak. Hasil penerbitan ASM dibuka kepada semua lapisan masyarakat, dengan harapan agar rakyat Malaysia akan menjadi lebih celik sains.

Jumlah penerbitan:

Laporan Nasihat 4

Kertas Posisi  2

Buku Saintifik 2

Laporan Persidangan 1

Artikel ASM Science Journal 17

Laporan Tahunan 1

Pembaca dalam talian (ISSUU):

Pembaca

30587

Capaian

339478

MENGHUBUNG SAINS SECARA GLOBAL

MENEMPUH CABARAN GLOBAL UNTUK MASA DEPAN YANG CERAH

Pembelajaran merupakan suatu proses sepanjang hayat. Saintis masa kini aktif mencari jalan untuk mencapai SDG secara pembelajaran bersama (co-learn) dan menciptabersama (co-create) menjelang tahun 2030. Antara isu global yang sering dibangkitkan pada tahun2018 adalah kesihatan, pendidikan, kesamaan jantina, produktiviti,inovasi, perubahan iklim, sumber air dan teknologi memuncul. ASM telah menghadiri 34 mesyuarat dan persidangan antarabangsa yang berkaitan isu-isu tersebut, malah menyumbangkan input dalam bentuk pengisytiharan rasmi, resolusi dan membentuk platform serantau agar semua pihak berkepentingan dapat bekerjasama.

Maklumat terperinci

Isu Air Tanggungjawab Semua

Pada tahun 2015, World Health Organisation (WHO) menyatakan bahawa seramai 1.8 juta penduduk dunia masih mendapatkan bekalan air daripada sumber yang tercemar. Justeru, seramai 250,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mendapat penyakit cirit birit lalu meninggal dunia. Untuk membendung masalah ini, Association of Academies and Societies of Sciences in Asia (AASSA) yang terdiri daripada 34 akademi serta persatuan saintifik dan teknologi dari Asia dan Australasia telah memilih topik penyakit bawaan air sebagai agenda utama untuk diatasi pada tahun 2018. Sehubungan itu, ASM telah menganjurkan International Waterborne Infectious Diseases Conference yang menampilkan barisan pakar dari pelbagai bidang berkaitan dengan air untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menangani masalah bekalan air.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca resolusi rasmi.

Baca liputan ASM.

Melentur Pucuk Kepimpinan Masa Depan

Sebahagian besar komuniti rantau ASEAN terdiri daripada golongan belia. Dianggarkan bahawa 60% populasi rantau ASEAN berumur di bawah 35 tahun. Golongan belia adalah pemacu perubahan di rantau ini. Oleh itu, ekosistem dan platform yang sesuai perlu dibentuk untuk memanfaatkan potensi dan impak dalam STI untuk membentuk masa depan yang lebih baik.

Baca lagi

Tonton video pelancaran ASEAN YSN.

Baca liputan ASM.

Semangat Kolaborasi

Tahun ini, ASM mengambil satu lagi langkah bagi mempertingkat konsep kolaborasi ke peringkat seterusnya dengan perkongsian data, maklumat, ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam STI. ASM berhasrat untuk menyambungkan semua elemen tersebut pada peringkat serantau untuk menangani isu seperti kesihatan, perubahan iklim dan konflik bio-neksus di peringkat global dan serantau. Dalam dunia yang serba pantas, keperluan untuk sesebuah rangkaian dan perniagaan mengadaptasi perubahan ke arah transformasi adalah penting.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

Suara Global Sains Sosial dan Semula Jadi

Tahun 2018 menandakan satu peristiwa penting bagi pejabat serantau ini dengan penggabungan International Council for Science (ICSU) dan International Social Science Council (ISSC) untuk membentuk International Science Council (ISC). Pelancaran secara rasmi itu berlansung ketika Perhimpunan Agung yang telah diadakan di Paris bagi memperingati peristiwa bersejarah tersebut. Visi utama ISC adalah untuk menjadi suara global bagi kedua-dua sains semula jadi dan sosial. Kini, program akan mula dirancang dengan mengambil kira input dari kedua bidang tersebut bagi mencapai SDG.

Baca lagi
10 Tahun dan Seterusnya

International Science, Technology and Innovation Centre for South-South Cooperation under the Auspices of UNESCO (ISTIC) merupakan pusat kategori II di bawah UNESCO melaksanakan programprogram yang dirancang bagi memenuhi objektif dan agendanya sebagai platform antarabangsa untuk kerjasama antara negara-negara selatan dalam bidang STI. Pada tahun 2018, ISTIC:

  • Telah menjalankan 9 program pembangunan kapasiti
    • 357 peserta dari 47 negara
  • Bekerjasama dengan 31 organisasi
  • Tambahan dua rakan strategik melalui MoU Forum of Small Medium Economics AFRICA ASEAN (FORSEAA) dan United Nations Office for South-South Cooperation (UNOSSC)
Baca lagi

JARINGAN
IDEA

PERHIMPUNAN MINDA BERNAS

Dalam era pengetahuan dan maklumat, aksesori yang paling penting bagi seseorang adalah idea. Perbincangan di alam realiti masih kekal relevan walaupun penggunaan internet makin meluas. Perhimpunan pakar saintifik memudahkan perkongsian pengetahuan,pembelajaran, perhubungan, dan penciptaan kandungan. ASM mengekalkan rekod seperti tahun-tahun sebelumnya dalam menyediakan output saintifik yang berkualiti dan bermanfaat kepada semua.

Maklumat terperinci

SAINS KELESTARIAN:

DUNIA YANG KITA INGINKAN

Modenisasi telah membawa perkembangan teknologi dan ekonomi yang menaikkan taraf hidup masyarakat. Namun begitu, dalam mengejar perkembangan tersebut, alam semula jadi turut mengalami kemusnahan seperti penyusutan sumber alam, perubahan iklim dan kepupusan spesis. Untuk mengurangkan kesan negatif tersebut, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk menjaga kelestarian alam semula jadi.

ASM sentiasa berusaha untuk memasukkan elemen sains kelestarian dalam proses penggubalan dasar bertumpukan kepada penyelesaian masalah tempatan, sekali gus menyesuaikan dasar tersebut kepada perspektif rantau dan global. ASM telah menjalankan beberapa kajian yang menyiasat isu-isu alam sekitar masa kini dan masa hadapan. Walau bagaimanapun, masa hadapan Bumi tetap berada dalam genggaman golongan belia. Dengan keadaan semasa, masa hadapan yang bagaimanakah yang bakal dialami oleh golongan belia?

Penganjuran Perhimpunan Agung ke-11 (11th GA) ini bertujuan menjemput pakar-pakar untuk menyampaikan pendapat mereka tentang peranan sains kelestarian dalam membentuk masa hadapan Malaysia, serta mengenal pasti cabaran dan halangan dalam membentuk masa hadapan yang ideal.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

Baca liputan ASM.

Bagi komuniti saintifik, perbincangan idea dan penyebaran ilmu pengetahuan merupakan satu tradisi. ASM juga tidak terkecuali dalam mengamalkan tradisi ini. Dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 2011, sesi IdeaXchange ASM adalah sebuah platform untuk komuniti saintifik dan ahli-ahli ASM bertukar-tukar idea, membincangkan hal-hal merentasi bidang, dan membahaskan isu-isu topikal yang berkaitan dengan STI.

IDEAXCHANGE KE-28: PELAN INDUK STI

8 Mac 2018

Kajian dan tanggapan umum yang telah diperoleh melalui lima Bengkel Strategik Perundingan Pemegang Taruh Kajian Pelan Induk STI (2020- 2030) telah dikongsikan di sesi IdeaXchange ini. Maklum balas dari para hadirin berkenaan objektif, rangka kerja, topik, teras, strategi, matlamat, dan pelan tindakan dikumpulkan. Maklum balas ini akan digunakan dalam usaha penambahbaikan STIMP.

Baca lagi

Lawati galeri foto.


IDEAXCHANGE KE-29: KAJIAN DSTIN

1 Ogos 2018

Dihadiri oleh Felo ASM, wakil-wakil dari insititusi pengajian tinggi, kerajaan dan industri, IdeaXchange ini merupakan sesi pembentangan hasil kajian NPSTI 2021-2030 bagi mengumpul maklum balas mengenai rangka kerja yang telah dicadangkan.

Baca lagi

Lawati galeri foto.


IDEAXCHANGE KE-30: KOMODITI EKSPORT ALTERNATIF UNTUK MALAYSIA

8 Oktober 2018

Malaysia perlu mempelbagaikan komoditi pertanian serta aplikasinya untuk kekal berdaya saing dan memacu industri asas tani yang progresif. Ini seiring dengan kenyataan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam komoditi pertanian. Oleh itu, ASM telah mengadakan sesi ideaXchange yang bertajuk “Komoditi Eksport Alternatif untuk Malaysia”.

Baca lagi

Lawati galeri foto.

SYARAHAN FELO

BERPATUTAN ≠ TERUK

Ir Dr Zuhairi Abd Hamid FASc // Sains Kejuruteraan – 19 Mac 2018

Perumahan mampu milik sering dianggap berkualiti rendah, tidak mampan dengan kebolehsesuaian yang rendah. Konsep D3 telah diperkenalkan yang menggabungkan prinsip moden STI dengan rekabentuk praktikal rumah kampung.

Baca lagi


ADAKAH SEMUA CACING PARASIT BERBAHAYA?

Professor Dr Yvonne Lim Ai Lian FASc // Sains Perubatan dan Kesihatan – 5 April 2018

Sebenarnya, tidak semua cacing parasit yang menjangkiti tubuh badan kita berbahaya.

Walaupun kebanyakan cacing parasit membawa kemudaratan, namun segelintir daripadanya membawa kebaikan. Kajian mendapati bahawa cacing parasit turut bertindak melindungi perumahnya untuk terus hidup. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat sinergi antara kehadiran cacing parasit, peningkatan mikrobiota usus serta sistem imun yang baik. Hasil daripada kerjasama saintis dan organisasi, masalah kecacingan dalam beberapa komuniti telah berjaya dibendung, terutamanya dalam komuniti Orang Asli.

Baca lagi


KELAPA SAWIT : SATU ALTERNATIF

Dr Gan Seng Neon FASc // Sains Kimia – 2 Oktober 2018

Minyak sayur yang boleh diperbaharui seperti minyak kelapa sawit berpotensi menjadi bahan mentah industri dengan pelbagai penggunaan, yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang berkesan. Ia lebih mudah didapati berbanding dengan petrokimia, yang tidak mampan dengan stok yang semakin berkurangan. Walaupun bukan polimer, tindak balas kimia yang sesuai dengan minyak sawit boleh menghasilkan perantaraan dengan fungsi yang berbeza yang dapat berinteraksi dengan monomer lain, untuk membentuk bahan dengan sifat dan aplikasi yang menarik.

Baca lagi


PEMIKIRAN NOBELIS

Dr Zainal Ariffin Ahmad FASc // Sains Sosial dan Kemanusiaan – 18 Oktober 2018

Cara pemikiran Nobelis perlu diinstitusikan untuk membina kapasiti dan memupuk penyelidik, saintis, jurutera serta ahli teknologi ke arah Malaysia 2030. Namun, apakah yang diperlukan untuk memupuk pemikiran nobelis?

Baca lagi


MENGURANGKAN KEMATIAN MATERNAL

Professor Dato’ Dr Ravindran Jegasothy FASc // Sains Perubatan dan Kesihatan – 18 Oktober 2018

Malaysia telah berjaya mengurangkan kadar kematian maternal kini, melalui beberapa usaha termasuk mengaudit kematian maternal melalui Confidential Enquiry into Maternal Deaths (CEMD).
CEMD menyimpan data kematian maternal secara aktif untuk meningkatkan mutu pelaporan. Kualiti dan kuantiti data juga ditingkatkan melalui kerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran serta pengumpulan data tanpa nama dan tidak bersifat punitif. Dengan itu, CEMD mampu memberi impak yang besar pada dasar-dasar yang sedia ada, serta mampu membantu dalam penggubalan dasar baharu.

Baca lagi


JARINGAN BERKELAJUAN TINGGI

Professor Dr Tharek Abd Rahman FASc // Teknologi Maklumat dan Sains Komputer – 15 November 2018

5G mempunyai kadar kependaman yang rendah, ketersediaan yang tinggi, dan ciri-ciri keselamatan yang mantap membolehkan ia digunakan dalam perkhidmatan kritikal. Ciri-ciri seperti kos rendah dan penggunaan tenaga yang rendah boleh memberi kelebihan ke arah memperluaskan IoT.

Baca lagi


HYPER-CONVERGENT ECONOMY

Professor Dr Mahendhiran Sanggaran Nair FASc // Sains Sosial dan Kemanusiaan – 29 November 2018

Ekonomi dunia semakin bersifat hiper-konvergen, yang bergantung pada sistem pintar dan algoritma yang menghasilkan maklumat, idea dan inovasi baharu berasaskan data dan pembelajaran mesin.

Baca lagi

Lawati galeri foto.
Baca liputan ASM.

PENGIKTIRAFAN MINDA TERULUNG MALAYSIA

Majlis penganugerahan Felo ASM dan pengumuman penerima Anugerah TRSM merupakan acara penting bagi ASM setiap tahun. Tahun ini, ASM berbesar hati menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad selaku dif kehormat bagi merasmikan majlis tersebut.

Baca lagi

Muat turun ASM Expert Network Edisi 2018.
Lawati galeri foto/video.
Baca liputan ASM.

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad flanked by YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis and Professsor Datuk Dr Asma Ismail FASc at the Conferment of Fellowship of ASM and the Announcement of the Top Research Scientists Malaysia.

THE ROLE OF STI AND INNOVATION IS CRUCIAL TO DRIVE ECONOMIC ADVANCEMENT AND SOCIETAL PROGRESS; THE NATION’S ECONOMY STANDS TO BENEFIT FROM ENTERPRISES THAT LEVERAGE ON S&T. HENCE, (ENTERPRISES) NEED TO STEP UP TO ENSURE MALAYSIA’S DYNAMIC GROWTH.

Yab Tun Dr Mahathir Mohamad
Prime Minister of Malaysia

IN MEMORIUM

TAN SRI DATUK SERI LAW HIENG DING

17 NOVEMBER 1936 - 25 DISEMBER 2018


DR YAP THOO CHAI FASc

1 NOVEMBER 1940 - 24 OKTOBER 2018


ACADEMICIAN DR CHIA SWEE PING FASc

12 NOVEMBER 1945 - 8 MAC 2018