ASM Factsheet: Gaya Hidup Lestari // Sustainable Living
October 16, 2023ASM President Engages in Global Science Diplomacy at STS Forum 2023
November 15, 2023Tahniah kepada Kolej Yayasan Saad, Melaka yang telah menjuarai National Science Challenge 2023! Ini merupakan kemenangan kali keempat sekolah berkenaan yang juga pernah menjadi juara pada tahun 2013, 2017 dan 2021.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, Piala Pusingan YAB Perdana Menteri, lawatan sambil belajar ke Jepun, peranti, biasiswa pendidikan dan sijil penyertaan. Lebih bermakna, ahli kumpulan mereka, Ayra Alisha Mohd Affandi turut dianugerahkan Komunikator STEM Terbaik.
Naib juara disandang oleh SMJK Jit Sin (cf) Pulau Pinang, SMJK Kwang Hua, Selangor (ketiga), SMJK Chung Hwa (cf) Kelantan (keempat) dan SMK Infant Jesus Covent (m) Johor (kelima).
YB Datuk Arthur dalam ucapan beliau menekankan bahawa kombinasi pembelajaran formal dan tidak formal secara berfokus akan menjadi pemangkin dalam menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang STEM lantas memastikan Malaysia terus kompetitif di peringkat global.
Terbaharu, menerusi Belanjawan 2024, Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi pemerkasaan STEM yang akan menyumbang kepada kelahiran generasi masa hadapan yang mahir STEM, berkualiti tinggi dan berdaya saing.
Bertemakan “Menjamin Sekuriti Makanan Negara melalui STI”, NSC 2023 telah diadakan pada 31 Oktober 2023 di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Pertandingan tahun ini telah merekodkan penyertaan sebanyak 9,888 buah kumpulan dengan pembabitan 29,664 pelajar di seluruh negara. Terima kasih kepada rakan strategik NSC 2023 iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Petrosains Sdn Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Sasbadi Online Sdn Bhd dan Young Scientists Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM).