MOSP Received “Recognition of Excellence Award” from OpenGov Asia
July 20, 2023Five Young Scientists Represent Malaysia in the 72nd Nobel Laureate Meeting
July 20, 2023Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah mengadakan pertemuan bersama Jaringan Pakar ASM Sabah pada 26 Jun 2023.
Turut menghadiri pertemuan berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib, Pengerusi ASM Sabah Chapter, Dr Rahimatsah Amat FASc serta wakil-wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Yayasan Sabah, Sabah Net dan Pusat Biodiversiti Sabah.
Datuk Arthur pada sesi pertemuan berkenaan menekankan betapa pentingnya kerjasama antara Jaringan Pakar ASM di Sabah, agensi serta pihak berkepentingan untuk menyumbangkan kepakaran mereka dalam mengukuhkan ekosistem STIE di negeri di bawah bayu itu.
Antara fokus yang mendapat perhatian adalah Kembara Sains Sabah, Wireless Bridging System, pengukuhan Pendidikan STEM Sabah, inisiatif penyelidikan Rainforest Research & Training Programme Sabah dan pembangunan pelan hala tuju tenaga boleh diperbaharu di Sabah.
ASM berterima kasih kepada YB Datuk Arthur yang sudi meluangkan masa untuk bertemu dan membincangkan fokus berkenaan bersama Jaringan Pakar ASM dan agensi berkaitan. Ini diharap menjadi salah satu usaha terbaik demi manfaat warga Sabah secara keseluruhannya.