Symposium: Towards the Science of Active Aging
August 25, 2023ASM President’s Inaugural Visit to Sabah: Strengthening Scientific Collaborations for a Brighter Future
September 5, 2023Sebuah Bengkel Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) telah berlangsung dari 24 hingga 25 Ogos 2023 di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah.
Bengkel IBSE ini telah dihadiri seramai 55 orang guru subjek biologi dan fizik. Bengkel ini telah dirangka dengan terperinci oleh Jurulatih Utama daripada Institut Pendidikan Guru Kent dan ahli YSN-ASM untuk melatih mereka kaedah pengajaran yang membabitkan teori IBSE serta aktiviti amali seperti eksperimen dan pemodelan topik pembelajaran.
Modul IBSE yang telah dibangunkan oleh ahli YSN-ASM dengan kerjasama Pusat STEM Negara bertajuk Gen, Inovasi Kehidupan dan Begitulah Sang Suria telah digunapakai di bengkel ini. Penerimaan guru-guru di sekitar Kota Kinabalu tentang modul IBSE ini dilihat amat positif. Oleh itu, Bengkel IBSE seperti ini akan diperluas ke negeri-negeri lain serta akan melalui proses pendigitalan pada masa terdekat.
Acara penutup bengkel IBSE disempurnakan oleh Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc. Dalam ucapan tersebut, beliau telah berkongsi tentang kemajuan pendidikan STEM terkini serta menghubungkait kemajuan tersebut dengan pembangunan yang semakin pesat.
Beliau turut menggesa guru-guru yang hadir supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa untuk membangunkan bakat STEM yang diperlukan untuk negara. Bengkel IBSE berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Presiden ASM kepada peserta.