Fellow2014Centre
This user account status is Approved
Mathematics, Physics and Earth Sciences

- Thin film technology
- semiconductor technology and
- nanotechnology

Centre
Profesor Emeratus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Ahli Lembaga Pengarah, Institut Kefahaman Islam (IKIM) (sejak 2019) dan Founding Vice Chairman, Hadhari Global Network (sejak 2018). Beliau juga adalah mantan Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1994-2019). Pernah diamanahkan sebagai Ketua, Jabatan Fizik (1990-94); Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi (1994-2002); Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM (2002-07); dan Pengarah Pengasas dan Felo Utama, Institut Islam Hadhari (Julai 2007-Okt 2018) di universiti tersebut. Beliau mendapat Ijazah Sarjanamuda Sains (Fizik) (1976) daripada UKM, Sarjana Sains (Solid State Physics) daripada Univ. of London (1977) dan PhD (Solar Energy) daripada Univ. of Aston, UK (1984). Prof. Yusof terlibat dalam penyelidikan tenaga keterbaharuan sejak lebih 35 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam bidang pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan tersambung ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma. Beliau juga menjalankan penyelidikan dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains Islam. Beliau adalah di antara ahli akademik UKM yang membangunkan Kumpulan Penyelidikan Tenaga Suria, UKM dan kemudian tertubuhnya Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan negara (2005). Beliau juga adalah Setiausaha Pengasas Institut Tenaga Malaysia (1992-2005). Beliau terpilih untuk menjadi ahli majlis World Renewable Energy Network (WREN) (1992-2018). Prof. Yusof pernah menjadi Profesor Pelawat Department of Engineering, University of Reading, UK (1994) dan mantan Ketua Editor Jurnal Hadhari (2010-2019), Editor Bersekutu the International Journal of Renewable Energy (2005-2010), Lembaga Editor Review untuk Scientific Journal International sejak Julai 2007, pewasit kepada Int. Journal of Sustainable and Renewable Energy Review, Int. Journal of Renewable Energy, Int. Journal of Solar Energy, Editorial Board ISESCO Journal of Science & Technology dan International Advisory Board bagi Journal cUlum Islamiyyah. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengasas Vice Chairman, Hadhari Global Networks yang berpusat di Kyoto University (sejak 2018). Di peringkat UKM, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1990, 1993, 2014), Anugerah Pengajaran Cemerlang (1990, 1997), Anugerah Khas Kumpulan Kreatif dan Rekacipta (Karya/Hasil Seni) (1997), Anugerah Khidmat Masyarakat (Ahli Akademik) (1998), Anugerah Khas Kualiti – Kategori Anugerah Penerbitan (Buku-Bidang Sains) (2003), Anugerah Pemenang Pingat Emas dan Berprestij Paling Banyak di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa – Anugerah Berprestij (2005), Pemenang Anugerah Penyelidikan (2011, 2012), Anugerah Penerbitan Kategori Buku dan Monograf (Gugusan Sains, Teknologi dan Perubatan) (2014) dan Anugerah Khas Bitara Muatira Insan UKM Penilaian 2018 (2019). Beliau telah menulis dan menjadi penulis bersama lebih daripada 350 rencana jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan pendidikan & falsafah sains. Telah menulis 32 buah buku dalam bidang fizik dan bacaan awam oleh Penerbit UKM, Dewan Bahasa dan Pustaka, Utusan Pub. Sdn Bhd., Penerbit Aras Mega Sdn Bhd, dan telah mendaftar sebanyak 15 paten. Di peringkat kebangsaan, beliau adalah Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia sejak (2006-21), Setiausaha Panel Dakwah bagi Majlis Perunding Islam Malaysia (2008-11; 2016-18), BIODATA PROF. EMERATUS DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ. OTHMAN FASc DSPN, DSNS, KMN, WREN Pioneer, Felo ASM, M.E.Inst. MIPM, SmSn(Kep)(UKM), MSc(London), PhD(Aston) Timbalan Pengerusi, Hadhari Global Network pdmyho@gmail.com Ahli Majlis Dakwah Negara (2014-16), Ahli Lembaga Penasihat, Institut Wasatiyyah Malaysia (2013-15). Beliau juga adalah Ahli Panel Majlis Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri (2014-18); Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (2015-18), Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (2019-22), Pengerusi, Panel Pakar Falsafah Sains DBP (2010-12), Panel Pakar Bidang Sains Fizik DBP (2013-15) dan ahli Jawatankuasa Penerbitan DBP (2012-19). Felo Akademi Sains Malaysia (mulai 2014), Felo Kehormat Universiti Islam Malaysia (UIM) (2014-15), Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM (2005-07; 2017-18), Felo Kehormat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (2014). Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2019-21). Beliau juga ditauliahkan sebagai Duta Rahmah oleh Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri (2019-20). Kementerian Pengajian Tinggi menganugerahkan kepada beliau Anugerah Saintis Cemerlang (2004 & 2005), Kementerian Pendidikan Malaysia menganugerah kepada beliau Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2013 dan Akademi Sains Malaysia menganugerahkan kepada beliau Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2013. Beliau juga adalah penerima hadiah Penghargaan Karya Ilmiah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 2015, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menganugerahkan kepada beliau ‘Ikon Pejuang Bahasa Melayu Kategori Akademik’ 2016. Selaku Pengarah Pengasas, Institut Islam Hadhari, Prof. Yusof juga telah membina jaringan dengan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi, JAKIM, YADIM, IKIM, DBP, KPM, MDN dan lain-lain Jabatan Kerajaan dan NGO. Di peringkat antarabangsa beliau telah mengadakan jaringan Hadhari dengan Kyoto University, Jepun, National Chengchi University (NCCU), Taiwan, Oxford Centre for Islamic Studies, UK, Faculty of Divinity, Cambridge University, UK, Foundation of Mosques, Seville, Spain. Beliau juga terlibat secara aktif dengan penubuhan Hadhari Global Network (HGN) yang dilancarkan dalam persidangan WIEF (World Islamic Economic Forum) pada November 2017 di Kuching Sarawak dan kini dilantik sebagai Vice Chairman, Hadhari Global Network (HGN) mulai Disember 2018. Di peringkat antarabangsa beliau adalah penerima “WREN Pioneer” Award daripada World Renewable Energy Network/Congress (2004), Special Award for ‘outstanding cooperation & support during two decades’ (2010) di WREC ke XIII, Anugerah Khas (Special Award) for recognition of Innovation in Renewable Energy Technology (2016) di WREC XVII dan Special Award WREC XVIII 2018, Kingston University, London kerana kegiatannya dalam bidang tenaga keterbaharuan. Beliau juga adalah penerima Henry Goh Award 2000 untuk Most Environment Friendly Invention 2000; Environmental Protection Prize daripada Swiss Society for the Protection of The Environment in 2001; Special Award daripada Taiwan Inventors Association in Seoul International Invention Fair 2004; The International Federation of Inventor’s Associations (IFIA), Geneva, Switzerland Gold Medal (2008), dan Special Prize from Korea Invention Promotion Association for commending excellent efforts to create invention exhibited at INPEX 2008 Invention & New Production Exposition, Pittsburgh, USA. Beliau juga adalah penerima Special Hadhari Award for Islamic Civilizational Studies 2018 by the Hadhari Global Network, Kyoto University. Semasa beliau menjadi Pengarah Pengasas di Institut Islam Hadhari, Prof. Yusof juga telah membina rangkaian kerjasama dengan berbagai organisasi antarabangsa. Antaranya membina rangkaian penyelidikan dengan African and Asia Area Studies (ASAFAS), Kyoto University dan tertubuhnya Hadhari Centre For Islamic Civilization Studies (HADHARI-KU) di Kyoto University Jepun (1 April 2015), Markfield Institute of Higher Education (Islamic Foundation), National ChengChi University, Taiwan, The Republic of Uzbekistan melalui Kedutaan Besar Uzbekistan di Kuala Lumpur. Prof. Yusof juga telah dijemput memberi beberapa ceramah dalam persidangan di Uzbekistan dan sebagai Pemerhati Pemilihan Presiden Uzbekistan pada 4 Disember 2016. Beliau juga adalah penerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada DYMM Yang Dipertuan Agong (1993), Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) daripada DYMM Dipertuan Besar Negeri Sembilan (2008) dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari TYT Dipertua Pulau Pinang (2009). Beliau juga adalah penerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah (1426H/2006) daripada Kerajaan Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Pulau Pinang (1429H-2008). Prof. Yusof menerima 8 anugerah rekacipta/inovasi daripada UKM; 13 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia; 4 anugerah daripada International Exhibition of Inventions, Geneva, Switzerland; 3 anugerah daripada Seoul International Invention Fair, dan 3 anugerah di INPEX 2008 Invention & New Production Exposition, Pittsburgh, USA di atas kajian penyelidikannya sejak 1990.