PEROLEHAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB RASMI DAN HOSTING MALAYSIA SCIENCE ENDOWMENT (MSE)
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) Malaysia dan ditubuhkan di bawah Akta Akademi Sains Malaysia 1994.
ASM ingin mempelawa syarikat tuan/ puan untuk menyertai sebut harga:
Dokumen ini ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun di laman sesawang ASM www.akademisains.gov.my/sebutharga/RE26-04-011-SH bermula 27 Julai 2026 (Isnin), jam 12:00 tengah hari sehingga 4 Ogos 2026 (Selasa), jam 12:00 tengah hari.
Dokumen sebut harga perlu dihantar melalui tatacara seperti berikut:
| NO. & BUTIR SEBUTHARGA | KOD BIDANG | TARIKH TAKLIMAT KEPADA PEMBEKAL | TARIKH IKLAN | TARIKH & WAKTU SEBUTHARGA DITUTUP |
| NO: RE26-04-011-SH TAJUK: PEROLEHAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB RASMI DAN HOSTING MALAYSIA SCIENCE ENDOWMENT (MSE) |
MOF
210103 & 210104
Bidang:
21 - ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)
Sub Bidang:
01 – Peralatan Dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen
Pecahan Sub Bidang:
|
Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin) Masa: 2.30 petang Platform: ZOOM Meeting Link: https://us02web.zoom.us/j/89549750017?pwd=qMMgjFp9Zp4ykPzai5YUkRs2BZKelJ.1 Meeting ID: 895 4975 0017 Passcode: 665867 | Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin) Masa: 12.00 Tengah hari | Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa) Masa: 12.00 Tengah hari Serahan dokumen PDF secara emel ke alamat sebutharga@akademisains.gov.my |
- Penyebut harga wajib menghadiri taklimat yang diadakan secara atas talian;
- Penyebut harga dikehendaki mengemukakan dokumen tawaran sebut harga dalam format PDF di dalam dua folder (salinan digital) berasingan. Dua folder tersebut hendaklah dinamakan seperti berikut:
- Penyebut harga dikehendaki menghantar fail ZIP Folder A dan Folder B dan diemelkan dalam satu emel ke alamat emel sebutharga@akademisains.gov.my;
- Dokumen sebut harga yang lengkap perlu dihantar dalam format PDF;
- Subject pada emel perlu nyatakan nombor sebut harga seperti ‘Sebut Harga No.: RE26-04-011-SH;
- Melampirkan Salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate, TCC) berstatus patuh - WAJIB
- CC Emel TIDAK DIBENARKAN bagi penghantaran dokumen sebut harga perolehan ini.
Kemaskini Terakhir: 31 July 2026
