PEROLEHAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PEJABAT AKADEMI SAINS MALAYSIA UNTUK TEMPOH 24 BULAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tuan/Puan, Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) Malaysia dan ditubuhkan di bawah Akta Akademi Sains Malaysia 1994. ASM ingin mempelawa syarikat tuan/ puan untuk menyertai Sebut Harga:
NO.RUJUKAN  & BUTIRAN SEBUTHARGA KOD BIDANG TARIKH IKLAN TARIKH & WAKTU SEBUTHARGA DITUTUP
  NO: RE26-07-019-SH TAJUK: PEROLEHAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PEJABAT AKADEMI SAINS MALAYSIA UNTUK TEMPOH 24 BULAN MOF 220801 BIDANG: 22-PERKHIDMATAN SUB BIDANG: 08-PERTAHANAN DAN KESELAMATAN PECAHAN SUB BIDANG: 01-KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN) TARIKH: 24 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) TARIKH: 30 SEPTEMBER 2026 (RABU) MASA: 12.00 TENGAH HARI SERAHAN DOKUMEN PDF: SECARA EMEL KE ALAMAT sebutharga@akademisains.gov.my  
Dokumen sebut harga adalah ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun di laman sesawang ASM www.akademisains.gov.my/sebutharga/RE26-07-019-SH bermula 24 September 2026 (Khamis), jam 12:00 tengah hari sehingga 30 September 2026 (Rabu), jam 12:00 tengah hari. Dokumen sebut harga perlu dihantar melalui tatacara seperti berikut:
  1. Dokumen sebut harga yang lengkap perlu dihantar dalam format PDF;
  2. Subject pada emel perlu nyatakan nombor sebut harga seperti ‘Sebut Harga No.: RE26-07-019-SH;
  3. Emelkan dokumen sebut harga lengkap ke alamat emel sebutharga@akademisains.gov.my;
  4. Melampirkan Salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate, TCC) berstatus patuh - WAJIB
  5. CC Emel TIDAK DIBENARKAN bagi penghantaran dokumen sebut harga perolehan ini.
Dokumen yang dihantar selepas waktu yang ditetapkan dan tidak mematuhi tatacara penghantaran dokumen tidak akan dilayan. Sila hubungi Urus Setia Sebut Harga, Pn. Norsuhada Adnan melalui emel suhada@akademisains.gov.my untuk pertanyaan berkaitan perolehan ini. Terima kasih.

Tarikh Tutup: 2026-09-30

Sebutharga telah ditutup.



Kemaskini Terakhir: 24 September 2026