Insiden keracunan gas toksik yang melibatkan beribu-ribu pelajar sekolah di Pasir Gudang, pada bulan Mac dan Jun 2019 telah mengejutkan orang ramai. Pelbagai pihak mula bersuara bagi menuntut tindakan segera oleh kerajaan untuk mencari dan menutup sumber gas, merawat mangsa-mangsa yang terjejas, menangkap dan mendakwa penjenayah yang terlibat bagi mengelakkan tragedi ini berulang. Badan Bertindak Mengenai Insiden Sungai Kim Kim dan Pasir Gudang Akademi Sains Malaysia (ASM) ditubuhkan dengan sokongan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk menyiasat sumber gas toksik dan mencadangkan langkah-langkah untuk mencegah pengulangannya pada masa akan datang.